SALAM

buku tetamu

Sunday, July 12, 2009

Jom main sama-sama

Setiap hari..saya selalu berkata "kakak,qayyum,main sama-sama".Ayat ni oleh kerana sering disebut, anak-anak saya sudah menghafalnya.Walaupun adik (Qayyum)baru berusia 1 tahun 9 bulan.

Banyak yang mereka boleh dapat kalau main sama-sama ni...

1.Boleh bekerjasama
2.Tolong-menolong (kakak ajar adik..kadang-kadang adik ajar kakak)
3.Xde lah sikap individualistik
4.Berkongsi (paling penting ni..sebab boleh jimat kos beli alat permainan)
5.Belajar berkomunikasi
6.Belajar untuk bertoleransi
7.Tidak mementingkan diri sendiri

Ape lagi ek....

Jom tengok ape yang diaorang selalu main sama-sama

-Puzzle





-Bola


-Belon (paling digemari).Macam-macam belon,yang kene tiup,yang guna mcam gel,yang guna pam.Bentuk pun macam2 tu.








-Main masak-masak (mereka tolong saya masak di dapur..he3)
-Basikal (kakak bonceng adik)
-Kuda-kuda (yang ni..walid jadi kuda)
-Berkebun (yang ni bila time rumput panjang kat laman,dan siram pokok la)

Main sama-sama ni seronok..tapi,kalau tak kena gaya bergaduh juga.Jadi..ibubapa kena pantau juga..

Till then

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails