SALAM

buku tetamu

Tuesday, July 21, 2009

Anakku Demam Lagi








Abdul Qayyum demam..Masih mahu menulis.


Anak-anak saya jika seharian berjemur ketika bermain..mudah demam..kenapa ye??Orang tua-tua kata sebab panas. Mak saya selalau cakap "Jangan main panas,nanti demam".Logik ke tak..nanti kita survey.Setakat ni,hamapir 90% tepat kot.Sebab..bila anak saya lama je berjemur tanpa memakai topi,keesokan harinya mereka demam. Qayyum baru nak baik demam ni.Mulut pun banyak ulser.Semalam kami ke klinik...takut ada infection coz demam dah hampir 3 hari.Jom baca apa yang saya jumpa ni.

Kebiasaannya, julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Oleh kerana saya xda alat penyukat suhu,biasanya saya rasa je dahi,ketiak anak saya.Paling penting anak saya akan bagi signal.Like,die merengek,tidak aktif,xde selera makan.Ni paling teruk la.Selalunya even demam anak-anak saya masih boleh bermain.

Adakah keadaan ini serius?

Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.
Kalau anak anda baby..kena cepat2 bertindak.

Apakah tindakan pertama?

*Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan. (jika tiada alat penyukat suhu,boleh rasa di ketiak,dahi,celah kelengkang.Kalau panas berterusan,memang sah la anak kita demam)
*Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupun bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis. (saya hanya memakaikan anak saya dengan baju jarang dan buka kipas.Kalau oarng dulu2 suruh berselimut dan pakai baju tebal2.Ye tak? Pengudaraan yang baik amat perlu.Kalau berselimut,haba tak keluar.)

*Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi. (saya akan lap badan anak dengan air biasa,tak sejuk dan x panas terutamanya dicelah-celah ketiak dan kelengkang-tempat yang banyak simpan haba)

*Beri anak sirap paracetamol (panadol) hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye. (yang ni,jarang saya lakukan.Kecuali kalau anak saya betul2 teruk demamnya.Sebab baby dan kanak-kanak ni antibodi masih kuat dan mereka boleh recover semula.Terutama sekali bayi yang menyusu.Saya lebih yakin dengan susu ibu yang ada banyak khasiat)

*Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.
Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?

Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa. (jika anak demam berlarutan,biasanya doktor akan ambil darahuntuk make suer ada jangktan or else. Izzah selalu demam masa di nursery UIA dulu.Kena ambil darah pun pernah.Pengalaman saya anak berusia 7 bulan (Izzah) kena cacar air.Kesian sangat.Memastikan keadaannya selesa amat penting.Sbb,anak akan rasa gatal dan tidak boleh tidur.Apa yang saya buat,sapukan calamine lotion pada cacar air.Ubat tu akan buat anak rasa lega sikit sebab rasa sejuk.Tanggalkan baju anak.Hanya pakai diaper dan selimut nipis je.Pengudaraan yang baik pun perlu.Buka kipas pun xpa.)


Bagaimanakah saya boleh membantu?

*Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.
*Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.
*Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

(ye betul,biarkan anak tidur.Untuk rehatkan diri and recover semula)

Till then...untuk medical term (konvulsi febril,sindrom Reye,mak iti tolong lah ek..kalo free ada masa saya cari)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails