SALAM

buku tetamu

Tuesday, March 27, 2012

PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN UNTUK RUMAH BARU...

Da lama tak update blog ni..even tahun ni berdua saja dengan Abdurrahman..busy tetap busy..kalo oarang kata home maker just duduk relax saja di rumah..it is not fair..rasanya lagi banyak nak fikir.Kemas rumah,masak,lipat kain,jaga anak..ditambah pula kalau like me yang buat business online...ok..enough untuk warming..entry ni..


Target bulan 5 ni nak masuk rumah baru..banayak nak kena buat..penat juga nak berfikir..ditambah pula bulan 7 orang baru pula nak datang...rezeki tahun ni..alhamdulillah..Lepas dapat kunci pintu...inilah perkara-perkara yang kena buat dulu..masa kita dapat kunci rumah..kita diberikan sekali borang komplen.Komplen selagi boleh..sebab kita beli rumah baru.Then,harga bukan murah..ye tak...


Info ni saya google..tak ingat kat forum mana..sape2..yang tau..leh komen ye..


 PERALATAN yang diperlukan... semasa check defect rumah...


2. Marker Pen - merah pun ok.. senang nampak tulis nombor dan problem atas

     masking tape...

3. Kertas A4 - tulis kan senarai defect tu dengan nombor dan lokasi sekali... nanti senang nak  
         
    cari...


AIR
===
1. Pastikan semua meter air ada... semua kepala paip, shower tu dan benda² yang sewaktu

   dengannya ada...

2. Tutup semua kepala paip... pastikan sambungan betul takder, yang tercabut/longgar...

3. Buka air kat meter... biar air masuk tangki sampai penuh... Kalau rajin boleh pergi panjat tengok

   tangki dulu...

4. Bila air dah penuh dalam tangki.... bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak... paip

    bocor sebelum sampai ke tangki..

5. Check air kat semua bilik air... test satu persatu....

6. Drain pipe untuk aircond... kena test masukkan air, takut tersumbat atau kena tipu.. paip tak 

    sambung setakat gimmick jer..

7. Mangkuk tandas kena test juga... kalau air tak lancar, mesti depa dah buang lebihan simen kat 
  
    dalam tu...


ELEKTRIK
=======
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu

    persatu...

2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh

     tau mana satu yang problem..

3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next

 time mudah pecah..


TILES

====
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja,

minta pemaju tukar...

2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...

3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


PINTU &KUNCI

===========
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..

2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock &

   dead lock..

3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...

4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga 

kat belakang rumah...

5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu

supaya tak leh tolak drp luar...

6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh 

buka..

7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara

pun ok..


GRILL / BESI JERIJI

==============
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, 

mudah dipotong nanti..

2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...

3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak 

secure, guna tukul jer dah tercabut...

4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna 

besu yang ditanam dan weld ke tingkap..

5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah 

perompak pecah cermin dan buka..


BUMBUNG / ATAP

=============
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect

 kat situ...

2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat

3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace

 segera...

4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support 

bumbung tu..

5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang

disambung-sambung...


6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan 

tiada retakan...

TANGKI AIR

=========
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan 

support/penyokong kedudukan dia..

2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan 

tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...

3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta 

pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...

5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki

 tu function...



ADAB & DOA
=========
1. Boleh baca doa yang biasa tu...


"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa"

Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...

3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..

4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..

5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di

 dalamnya dibaca surat Al Baqarah."

6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..

7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..

8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..

9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie..

 minta Allah lindungi harta kita..

Setakat ni belum dapat penuhkan borang komplen tu..sebab letrik dan air in progress...nak upload gambar rumah pun tak dan..hu3..

Next..will be update untuk renovation lak....dan kos-kos lain yang perlu..macam wiring,grill,tile,kabinet dan lain-lain..
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails