SALAM

buku tetamu

Wednesday, June 30, 2010

Aduhai Telefon Bimbit(Blackkberry vs Nokia 8500)

Zaman sekarang ni macam2 jenis telefon bimbit.Dari yang fungsinya biasa2 sahaja hinggalah satu telefon dilengkapi macam2 fungsi pelbagai guna.Tengok budget yang kita ada.Saya tengah mengalami masalah telefon.Sebelum ini saya guna Motorola.Disebabkan tak boleh 'call out',ade rezeki sikit my hubby pun beli Blackberry 8520.Ni pun gara2 saya melangkah setapak ke dunia perniagaan online.Hakikatnya kita kena tahu fungsi telefon tersebut dan rajin praktik segala fungsi yang ada.Barula rasa handphone tu friendly.Beli pun berbaloi sebab kita guna segala fungsinya.

Nak dijadikan cerita,Blackberry saya tu 'hang' sokmo.Kejap guna macam touch panel laptop.Kejap just tekan butang.Kejap keypad tak boleh tekan..Dah macam2 hal.Gambar pun tak clear.Aduhai..Bila tengok saya macam susah je dengan telefon n...my hubby pun mula la cari2 info mengenai handphone lain kat internet.Signal pertama yang dia nak tukar handphone lagi..then,semalam dia ajak saya keluar.Suruh saya bawak charger.Hu3..mesti nak trade in Blackberry ni.Kami ke dua kedai handphone.Kedua2nya cadangkan expressmusic.Then,menepati pula citarasa handphone yang selalu my hubby dok survey2 kat internet.

Malangnya..Blackberry ni tak laku nak trade in kat pekan2 kecil.As mention oleh taukeh kedai tu la.Hu3..saya pun tak tahu sangat kalo handphone yang canggih2 ni.Asal dapat telefon,sms,ambil gambo dah kira ok.But now he wants wifi and gambo clear.anyway,terima kasih walid..coz..always support me.Handphone tu up to you lah..asalkan ok dan tak banyak masalah.Tak nak sebab benda remeh temeh ni buat otak ligat berfikir...

Semoga masalah handphone ni cepat selesai...

Monday, June 28, 2010

Mendidik Anak





1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuksetiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadang kala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Iniakan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Anak ibarat kain yang putih terpulang pada anda untuk mewarnakan nya...
semuanya di tangan anda ..
Fikir-fikirkan lah ....
Nampak mudah tapi bermakna....



Semoga kita boleh mengambil hikmah dari catatan ini-Catatan2 Islami-

Tuesday, June 22, 2010

Ceritera hari ini

Pertamanya..bersyukur.Dapat juga saya upload gambar2 tudung saya.Walaupun ada yang cakap antoo.Mane taknye,saya xde patung.Jadi..saya buat la patung sendiri.Cover muka yang terbaik ialah warna hitam.Sebab putih dan krim warnanya agak tenggelam.Apepun saya amat berharap pengunjug blog saya faham ape yang nak saya publish.Nak tunjuk tudung tu bersaiz Xl,labuh.KUaliti tuudng terjamin,,sebab saya juga pengguna..sudah semestinya mahukan yang terbaik.Walaupun gambar kurang menarik.Kesemua barang yang saya jual memang semua yang saya suka dan saya pun guna.

Keduanya hari ni..Kakak balik sekolah dengan muka,tangan,baju bercop.Cikgu dah explain benda ni pada saya dan nak saya jumpa budak yang buat macam tu kepada anak saya.But,budak dah balik dulu.Hu3..for me biasalah budak2.Anak saya pun tak nangis..tp my hubby banyak tanya juga."knp tak cop budak lain?" " knp dan knp"...so esok..ape perlu saya ckp ye???

Tak dapat nak mengepos barang.Sebabnya dah lebih 3.30 petang.Pejabat pos dah tak terima pengeposan barangan.Then..my BB asyik buat problem sampai my hubby nak tukar lain..nk beli hp ape pulak ye????Guna jelah PC besar ni..tu pun bersyukur ade orang nak belikan BB.For me tak kisah..but his not..mesti nak yg terbaik for me..TQ dear..

Esok..mesti jadi lebih baik..setakat hari ini..trugasan semuanya selesai..

Till then.bye...

Wednesday, June 16, 2010

Aku bersyukur...

Hari ini agak penat sebab banyak perkara nak buat.Alhamdulillah,dapat juga adakan stok kerepek sukun permintaan adik di SMKA Segamat n UiTM dulu.Insyallah akak akan pos esok ye.Next,stok kain cotton dan barang2 lain pun dah ada.Cuma tudung-tudung saya belum dapat nak upload sebab model dan kamera tak da.Tak dan pula nak ambil guna handphone sebab memang tak 'clear'.

Tadi,masa beli kerepek,jumpa Abang Ahmad sekeluarga.Hendak ke rumah Kak Long di Kuala Lumpur.Apa lagi ye..baju PBSM my hubby pun dah dapat.Cuma aksesorinya saja.Puas kami meronda.Nak cari yang termurah sebab tak nak tempah.Beli yang 'ready made' saja.

Apapun,saya bersyukur kepada Allah.Macam-macam dugaan,tapi semuanya perlahan-perlahan semakin reda.Yang penting,saya tahu Allah sayangkan hambanya yang bersabar dan berharap penuh kepada-Nya.Segalanya,saya serahkan kepada Allah.Apa yang penting,saya berusaha selagi boleh.Semoga saya semakin kuat dan tabah mengharungi hari mendatang..dan terima kasih juga buat suamiku untuk sokongan dan ketenangannya...jua buat keluarga...LUV U ALL

Moga hari yang mendatang semakin baik dari semalam.Moga diperbanyakkan rezeki kami.Amin...

Monday, June 14, 2010

POPIA GULUNG INTI KETAM

Selepas dan sebelum.... POPIA GULUNG INTI KETAM


Hari ni sarapan nasi goreng cina dan popia inti ketam.Senang je..semua oarang boleh buat.Kakak pun dah pandai..cuma rajin tak rajin je la sebab nak potong isi ketam tu dan gulung dalam popia.
Bahan-bahan hanya isi ketam (beli je yang segera) dan kulit popia(saiz ikut suka).Lepas tu gulung je.Goreng dan siap....


Thursday, June 3, 2010

Coretan Jun

Lama sungguh sy x update blog ni..dah bersawang hu3.t.kasih pd yg ziarah n bg komen.Byk yg nk dibuat...konon2 nk jd superwomen.Sejak kebelakangn ni sibuk dgn kedai online sy.Jualan kerepek,anak2 dan urusan rumah.Semua nk difikir.Sampai high blood pressure...dugaan

Urusan nk defer master x settle lg.TPM pun xtau dapat ke x.Menanti dan terus menanti..Nak buat checkup lg..Cuti sekolah ni harapnya dapat selesaikan semuanya slowly.Harap xde gangguan..Coz bile my hubby ade senang sikit.

Hari nak settle buku Agro Bank anak2.Moga dipermudahkan segala urusan..

X dpt..nk mencoret byk..till then,bye..
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails