SALAM

buku tetamu

Tuesday, November 23, 2010

Kek Coklat Moist MUDAH !!!!




Hari ni sudah ketentuannya.Rezeki anak-anak nak makan kek coklat ni..dah lama nak buat tapi bahan tak cukup je..walaupun simple.Maklumlah di rumah susu cair dan sebuk koko bukan keperluan utama.Nak jadi cerita,rupa-rupanya telur ada sebiji je kat rumah..nak ke tak ye??Kawan saya..cik mun kata adunan tu kecilkan sukatannya..bermakna saya kena bahagi 3 sukatan adunan sebab sukatan asal 3 biji telur.

Misi diteruskan even baking powder xde..telur sebiji..Jadilah kek nipis camni..Sebab tak tau nak letak dalam apa..letak dalam loyang even adunan sikit..hu3.Apepun alhamdulillah rasanya sedap..lembut..

Jom tgk bahan-bahannya..resepi asal dpt dari K.Anna 

**adunan kek saya 1/3 dr sukatan di bawah sbb telo tinggal sebiji.

-1 cawan gula pasir
-1 cawan serbuk koko (saya guna Van Houten)
-1 cawan susu cair
-1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi
sedap)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 1/4 cawan tepung gandum
-1 tsp baking powder (yang ni sy x letak)
-1 tsp soda bicarbonate
-3 biji telur


Cara :

* Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

* Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

* Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.

*Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
(boleh bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) *saya kukus je..

TOPPING

* 1/2 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn susu pekat
* 2 sudu besar air panas
* 1 sudu besar butter@marjerin

- Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.Boleh hias ikut suka :)

Till then..selamat mencuba..

Monday, November 22, 2010

Cerita perniagaan online..


Salam pagi Selasa...Besarnye kan gambar di atas tu..:) Nak cerita sikit mengenai 'biz online'.Rata-rata ramai sekarang yang menceburinya..sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa..Termasuklah saya..dalam pada tu macam-macam pengalaman yang dilalui.Sebolehnya saya mahu buat yang terbaik dan memuaskan hati semua orang.

Setakat ini alhamdulillah.Berurusan dengan pelanggan yang cerewet memang memerlukan kesabaran..nak tak nak kena layan juga..even dalam hati Allah saja yang tahu..Ada kala sudah di beri potongan harga..hendakkan penghantaran percuma..aduhai..pening juga dibuatnya..Maklumlah,saya bukan berniaga besar-besaran..stok setakat 10 helai je setiap jenis..sikit-sikit saja..Kos yang lebih tinggi berbanding pemborong yang mengambil secara banyak dengan berkodi-kodi..Mungkin harga sedikit mahal sebab modal adalah berbeza dengan peniaga yang mengambil stok banyak..Semua ni pelanggan tak tahu..Yelah,siapa yang tak nak harga murah..ye tak?Saya selalunya ikut harga market online..sudah tentu market oline berbeza dengan di luar..lagi-lagi harga jalan TAR...usah di samakan..

Apapun..ade sesetengah pelanggan very friendly..suka sangat..bayar pun cepat...Ada tu..macam-macam alasan.Tapi..saya tak kisah..asalkan jadi membeli..Kalo tak jadi..haru juga dibuatnya..Kemudian..nak jadi pembeli..kena baca term dan regulation betul-betul.Kawan-kawa niaga saya nasihatkan kena bertegas.Kalo nak bagi kurang harga pun patut-patut saja.Kurang 50 sen ke..paling tinggi pun RM15 tu pun jika pembelian dah dekat RM200.Tapi saya ni jenis lembut hati..macam mana tu..Orang tak mintak kurang pun saya bagi kurang.Sebab,saya meletakkan diri saya pada tempat pembeli..even ada yang tak kisah dengan jumlah harga.Apapun saya cube..untuk lebih tegas..Apa yang yang nak cuba lakukan adalah tentang pembayaran..Kalo boleh selesai dalam masa 48 jam.Kecuali hal-hal tertentu..dan pembeli yang memberitahu saya sebab tak dapat nak bayar.Biasanya faktor masa bekerja dan kenderaan dan selalunya tunggu gaji..:) Tak nak lah saya but follow up lebih 5 kali senyap je..nak jual kat orang lain..tak sedap pula..lagi-lagi kawan.

Berbalik tentang term n condition..seperti biasa mana-mana penjual tidak membenarkan pemulangan barang.kecuali hal-hal disebabkan kesilapan penjual..Urusan jual-beli online melibatkan pos dan juga stok yang terhad..Ada kala..penjual tak menyimpan stok.Gambar hanya untuk display saja.Bukan tak nak consider...boleh dalam certain-certain kes.Saya suka berterus terang..kalo tak dapat jual sebab defect..saya cakap terus.Ada tu..pembeli nak juga membeli even defect..saya tolak murah-murah.Pertukaran pun ada had masa.Tak lebih dari 3 hari..Kos ditanggung pembeli...

Jenis kain terutama tudung saya masih lagi belajar.Selalunya..saya ikut info yang dimaklumkan pembekal.Mengenai gred dan sebagainya.Harga juga menunjukkan kualiti kain.Tetapi tidak semua sebab bergantung kepada harga yang diberikan pembekal..Kebiasaannya tudung yang ditempah jahit lebih mahal berbanding yang sudah siap..Begitu juga tempahan sulam..Untuk sulaman tangan asli saja RM20.belum termasuk kos tudung lagi..Harga biasanya bergantung kepada jenis kain,labuh tudung,awning,aksesori (sulam dan batu),jenis biasa atau scallop, dan harga pembekal.Harga borong 10 helai lebih mahal dari 20 helai..peniaga yang dapat menjual murah sebab mereka membeli lebih dari sekodi..biasanya kodi yang kedua mendapat harga lagi murah..

Biasanya tudung yang berharga RM35  termasuk pos atau lebih kurang dari itu jenis kainnya tidak halus seperti Gred A.Kainnya dari lycra juga,tapi ade campuran jersi dan spandex.Ataupun lycra China.Semua saya nyatakan di blog.Ada kala tidak sempat untuk terangkan di FB sebab baru saja nk update..ade saja halangan..inbox masuk..notification..dan lain-lain.Medium utama saya adalah BLOGSPOT.FACEBOOK adalah medium kedua.Untuk tudung RM10-RM15 pula biasanya adalah dari jenis spandex.Oleh sebab semua tudung adalah saiz besar..kos juga lebih tinggi dari tudung bersaiz kecil..Amat berharap pembeli memahami..mana tau kan yang membeli pun satu hari nanti ingin menjual..beginilah corat-coret peniaga online..

Saiz muka pula..adalah free size..jadi..kalo terbesar..boleh guna kerongsang..jika terkecil atau ketat..mungkin boleh ditetas sedikit dan dijahit kembali..jangan terus tidak dipakai..ada alternatif lain..(idea ni dapat dari customer saya Ija)..t.kasih...Yang penting kena rajin dan kreatif.

Ok..sampai sini dulu..ada masa..saya mencoret lagi...


  


Sunday, October 17, 2010

Makan di rumah atau di kedai????

mmm,dah lama say tak update personal blog ni..sbb dok update blog yang lain..tu pun x sempat juge..Tetiba..saja je saya nak citer psl makan ni..Nak2 sekarang anak2 dah pandai compare masakan.Sebenarnya..apa yang dimasak mamanya simple dan biasa2 je.Malah ade yg diulang2 menunya..Tapi..terfikir juge apa yang menyebabkan boleh licin..sedangkan makan di kedai susah nak licin..kecuali..roti canai..he3..

My hubby memang suka makan di rumah..so..anak2 pun cmtu..mungkin mmg dari kecil hubby mcm tu sbb ibunya di rumah.Saya pula..makan juga di rumah..sebab atok yang jaga..Tapi..selalu juga makan nasi bungkus sebab abah yang beli bila balik sekolah..mak pula balik petang..so tak sempat memasak..dan tugas memasak memang abah yang buat..lagipun memang dia suka..

Sekarang..saya kena masak lebih dari basa...sebab anak2 suka makan..esp big brother Abdul Qayyum.Pagi-pagi dia dah tanya 'mama masak apa tu'.Hubby lak balik sekolah terus basuh tangan..Bersyukur...sibuk mcmmana pun,Allah bagi masa dan rezeki untuk memasak ni..Banyak faedahnya...boleh berjimat.Kebersihan terjaga dan yg penting tak de serbuk perasa.Pastu..kami suka makan dalam dulang...meriah..dgn tangan2 yang comel he3...

Sekian...corat coret hari ini...

Monday, September 6, 2010

Dah nak raya..


Lagi beberapa hari hendak menyambut Syawal..sekarang kami sekeluarga kena sakit mata..semua ni dugaan.Ramadhan kali ni mudah-mudahan lebih baik dari yang lalu.Ada hikmahnya juga sakit mata ni..sebab waktu malam saya tak dapat tidur..dan bila sakit sudah tentu dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang.

Alhamdulillah..pertama kali mencuba perniagaan online,dalam masa 2 bulan ni bersyukur sangat.Ada rezeki kami.Mudah-mudahan peniaga online yang lain pun begitu juga.Walaupun beribu yang berniaga online,Allah dah tentukan rezeki masing-masing.Tambahan, untuk menyambut Syawal ni ramai juga yang membeli.Terima kasih kepada semua.

Ramai kenalan saya di alam maya..salam ukhwah untuk semua juga..sekurang-kurangnya.,terasa saya bekerja juga walaupun di rumah.dan yang paling 'best' suami saya sgt suka.tapi dalam diam ada hati juga nak duduk di pejabat macam dulu.

Masih ada perkara yang belum selesai.kamera kami tak siap lagi..my hubby dok menuggu je ni.Dah 2 bulan lebih..katanya sblm raya..hrpnya sblm hari Khamis.Kerepek pun ade yang belum dihantar.He3..Harapnya selesai cepat segala urusan.

Selamat Menyambut Lebaran untuk semua....Maafkan segala salah silap yang sengaja atau tidak..


Wednesday, September 1, 2010

Apa itu unstoppable

Lama tak update blog..hrni..ade masa sket..barang2 da siap dibungkus.Esok baru pos.Tajuk en3 kali ni pasal unstoppable.Disebabkan org yang saya tengok tu sya kenal,dan saya tahu fikrah n latar belakang keluarganya..maka tergerak hati saya bertanya,apa itu unstoppable,macammana nak buat benda ni?

Setelah bermsg dgnnya,saya tak layak sebab tiada pinjaman.Lagipun saya bukan pekerja gomen n private.So.. tak dapatlah saya ilmu psl unstoppable.Apa lagi..saya pun google sendiri..saya pun tak tahu kenapa die tak clarify apa tu unstoppable.So..hasilnya unstoppable=uptrend..bloleh rujuk hukumnya di zaharuddin.net.

Kesimpulan..saya pun tak nak tahu lah lebih lanjut..bagi saya..wang bukan segala2nya..setakat ni alhamdulillah.even saya just buat online bussiness,dpt juge duit kocek sengget dua sehari..Sape nak bagi wlaupun sikit?At least,saya x perlu bercerita panjang lebar tentang produk saya..org tengok saja dah tahu..lebih beruntung lagi..org terus hantar email or sms untuk treus order barang..

Pendapat di sini hanya pendapat peribadi..minta maaf jikalau ada yang tersinggung..

Thursday, August 5, 2010

Minum kopi atau teh semasa mengandung

'Elakkan minum kopi atau teh,nanti zat besi susah nak diserap' nasihat jururawat kepada saya...

Ni cerita masa saya mengandung.Sebab HB selalu rendah.10 je..saya memang tak suka makan pil zat besi tu(warna coklat).Tak lalu dibuatnya.Nak muntah pun ada..Mujur juga..saya ambil Salindah..so..HB ok 13.Kopi dan teh juga pantang larang Salindah..so..rata2 mmg tak digalakkan minum kopi an teh..apatah lagi minuman bergas..Jadi,senang cerita,tak payah minum terus..Lagi baik minum susu =).

Ni..saya ade dapat artikel tentang pendapat minum teh dan kopi.Jom baca dan kongsi bersama..


Pendapat tentang apakah boleh minum minuman yang mengandung kafein seperti teh dan kopi selama kehamilan masih bertentangan. Satu pihak menyatakan anda tetap dapat menikmati minuman kafein anda selama anda hamil selama anda tidak menkonsumsi berlebihan. Dan ada beberapa penelitian menemukan bahawa wanita yang mengkonsumsi 300 mg kafein atau lebih dalam sehari, mempunyai resiko tinggi untuk mengalami keguguran. Dan konsumsi kafein yang tinggi akan meningkatkan kemungkinan kelahiran premature atau berat badan lahir rendah.

Walaupun penelitian tentang minuman kafein ini belum mencapai titik kesimpulan untuk batasan berapa banyak yang dapat dikonsumsi, adalah lebih baik bagi ibu hamil untuk mengurangi konsumsi yang mengandung kafein(kopi, teh, soda, coklat atau kombinasinya) sampai 2 gelas sehari saja atau lebih baik menghindari minuman yang mengandung kafein ini.

Hal yang pasti
mengapa sebaiknya anda menghindari minuman yang mengandung kafein ini selama kehamilan anda, karena:

• Kafein akan meningkatkan detak jantung dan metabolisme anda,

• Menyebabkan sulit tidur,

• Perasaan cemas,

• Sakit kepala.

• Merangsang cairan dalam lambung yang menimbulkan rasa panas atau perih (heartburn), Kafein bersifat diuretic sehingga anda akan lebih sering buang air kecil.

• Kafein menyebabkan anda kehilangan kalsium.

• Dan satu hal terpenting mengapa anda sebaiknya menghindari atau mengurangi teh/ kopi anda, karena kafein mereka mengandung phenol yang menyebabkan tubuh sulit untuk menyerap zat besi. Padahal kita tahu zat besi dibutuhkan tubuh anda apalagi selama kehamilan ini.


Jadi dari semua hal diatas kita dapat menilai bahwa
tidak ada nilai nutrisi yang diberikan dari kafein ini buat kehamilan anda, bukan???

Makanan dan minuman apa saja yang mengandung kafein?

Kafein terdapat di kopi, teh, cola, coklat, minuman soft drink, juga terdapat pada beberapa obat-obatan untuk sakit kepala, flu, alergi.

Tentu saja jumlah kandugan kafein dalam kopi dan teh bervariasi luas, tergantung dari apakah bentuk instant, seduh, keras atau lemah kandugannya.

Setelah kita mempeajari bahwa tidak ada nilai nutrisi yang diberikan makanan atau minuman yang mengandung kafein ini
yang terbaik adalah anda menganti semua keinginan untuk minum kopi atau teh anda ke makanan dan minuman lain yang memang mempunyai nilai nutrisi buat anda dan bayi anda. Seperti merubah kebiasaan anda ke minuman yang bernutrisi seperti jus buah, air putih dan susu.


-www.infoibu.com-

Penangan FB

Salam kepada semua..alhamdulillah tugasan rumah sudah selesai..sebelum saya mkn ikan selar kuning masak lemak cili padi..dgn my beloved hubby yg belum blk..saya nak mencoret dahulu =)

Facebook..semua org tahu..mula2 saya pun tak tahu ape bendanya tu.Then,seorang rakan memperkenalkan pada saya.Katanya diaorg semua tengah 'gila' dengan Facebook.Saya pun just register..Lepas tu saya pun jadi biskut.Bulan 6 yang lalu bar saya berjinak2 semula dgn FB dan sampai ke hari ini..saya yang gila dengan Facebook..tapi..org yang introduce to pula macam biskut.Sekejap ade sekejap tak ye..Maaf ye =)..

Saya di Facebook untuk menambah kenalan..dapat tahu cerita2 terbaru kawan2..dan kadang2 kawan yang tak rapat semasa di sekolah pun blh jadi rapat..FB juga blh jadi medium untuk menyampaikan ilmu..tazkirah ringkas.. business..dll.walaupun pada mulanya,dah mintak pendapat suami mengenai FB ni..maklumlah dari negara barat..pastu..tang boikot2 lagi..kena fikir juga..setelah membaca pendapat ustaz Zaharuddin..saya pun diberi greenlight..hu3..at least dapat juga saya merasa dunia luar.Lagi satu..Facebook juge yang menjadi medium saya untuk biz online..alhamdulillah..pada mulanya takut2 juga..Kalau tak cuba tak tahu..ye tak?

Cuma..yang tak sedapnya,ade pula yang gunakan Facebook ni untuk tujuan tak baik..contoh:jatuhkan rumahtangga orang..buatlah benda yang baik..kita di dunia hanya sementara...

Esok..dah Sabtu..walid pun sekolah..last week walid kate nk g PC fair di Muar..xtau jd ke tak.my mom pula ajak ke Putrajaya..as usual..walid yang buat decision..tengok saja nanti..ape signal yang diberi..

Till..then..nak mkn..


Sunday, July 18, 2010

Tazkirah hari ini..


Az-Zahbi merawikan,bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ketika hamba solat di awal waktu,maka solat itu naik ke langit,ia memiliki nur hingga sampai ke Arasy.Maka,Arasy memohonkan ampun untuk orangnya sampai hari kiamat dan solat itu berkata "Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau telah menjagaku".Dan ketika hamba solat tidak tepat pada waktunya,maka solat itu naik ke langit dengan wajah hitam.Jika telah sampai di langit,ia dilipat seperti pakaian manusia dan lalu dipukulkan pada pelakunya.

Kita seringkali terleka.Menganggap asal solat kira ok.Hakikatnya hanya Allah yang tahu..melainkan sekiranya ada halangan masa dan keadaan.Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam.Solat di awal waktu..my life at home is one gift.Ingatan untuk saya dan juga semua...


Friday, July 16, 2010

Keajaiban Mata


Assalamualaikum....



Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Saya dah cuba..mmg nampak kalimah Allah di dinding.

Thursday, July 15, 2010

My lovely daughter..IZZATUL QAYYIMAH

Wajah terbaru Izzah..hopefully dia suka pakai tudung dan tahu knp dia perlu memakainya...sebab kadang-kadang word yang saya tak gemar ,"kakak panasla mama".Walaupun saya tahu dia baru 4 tahun..kasihan juga..tp kalo tidak dipraktikkan susah pula..Mama n walid always support her...Chaiyok2


Tuesday, July 13, 2010

Blog dah tak cantik lagi..


Background blog saya kena remove kodnye.Maka,kena tukar yang lain.Benda ni sudahpun saya story di blog bisnes online.Hu3,haru dibuatnye.Then,layout pula berubah sbb blogger sudah upgrade.So,xboleh detect saya nye layout yang lama..My hubby kate ok la tu.Yo la,die suka hijau,semua pun jadi ok.Bersyukur,blog bisnes online saya dah nampak cantik sikit.:)

Hari ni,seperti biasa dengan anak2.berdoa semoga ada order yang berbayar.Semoga lebih baik dari semalam,sentiasa sabar denga anak2ku yang sangat bijak bestari.Sebab ape saya kata begitu.Order dan pertanyaan tu sehari lebih dari 3..tp,yg confirm berbayar tu tidak seperti diharapkan..Apepun..kena bersyukur.Sekurang-kurangnya ade daripada tiada.

Kemudian..anak2..makin hari makin bijak.Abdurrahman..baru setahun sudah panjat grill sampai atas..Cmna tu?Kira ok la juga..sebab dulu kita panjat pokok manggis atau rambutan.Hu3.Kat taman ni mana nak dapat.Ni mesti keturunan walid.Walid memang nak anak2 tahan lasak dan kuat.Hari ini hafal rukun iman,rukun Islam..ikut CD.Mewarna,menulis.Abang Ngah nak buku garis tiga..mcm Kak Long nye..aduhai..selalu guna recycle paper je.

Kak Long..my lovely daughter. 20 soalan matematik semua betul..Dalam hati terdetik..betul ke?Walid pun tanya banyak kali."kakak buat sendiri ke dengan cikgu?"Sebab selalunya kami akan kira sama-sama.Guna batu lagi..Hu3..mungkin dia dah paham tambah dan tolak...Alhamdulillah..

Kamera belum ok lagi,telefon ni satu lagi hantar kedai.Charge RM35.Nanti malam baru nak ambil.harapnya semuanya selesai..Mudah-mudahan saya dapat display dengan lebih baik lagi barang2 jualan saya..

Thanks pada pelanggan yang buat payment harini..

Thanks pada K.Nur,supplier barang saya..yang sudi kongsi cerita..


Till then,wasalam

Wednesday, June 30, 2010

Aduhai Telefon Bimbit(Blackkberry vs Nokia 8500)

Zaman sekarang ni macam2 jenis telefon bimbit.Dari yang fungsinya biasa2 sahaja hinggalah satu telefon dilengkapi macam2 fungsi pelbagai guna.Tengok budget yang kita ada.Saya tengah mengalami masalah telefon.Sebelum ini saya guna Motorola.Disebabkan tak boleh 'call out',ade rezeki sikit my hubby pun beli Blackberry 8520.Ni pun gara2 saya melangkah setapak ke dunia perniagaan online.Hakikatnya kita kena tahu fungsi telefon tersebut dan rajin praktik segala fungsi yang ada.Barula rasa handphone tu friendly.Beli pun berbaloi sebab kita guna segala fungsinya.

Nak dijadikan cerita,Blackberry saya tu 'hang' sokmo.Kejap guna macam touch panel laptop.Kejap just tekan butang.Kejap keypad tak boleh tekan..Dah macam2 hal.Gambar pun tak clear.Aduhai..Bila tengok saya macam susah je dengan telefon n...my hubby pun mula la cari2 info mengenai handphone lain kat internet.Signal pertama yang dia nak tukar handphone lagi..then,semalam dia ajak saya keluar.Suruh saya bawak charger.Hu3..mesti nak trade in Blackberry ni.Kami ke dua kedai handphone.Kedua2nya cadangkan expressmusic.Then,menepati pula citarasa handphone yang selalu my hubby dok survey2 kat internet.

Malangnya..Blackberry ni tak laku nak trade in kat pekan2 kecil.As mention oleh taukeh kedai tu la.Hu3..saya pun tak tahu sangat kalo handphone yang canggih2 ni.Asal dapat telefon,sms,ambil gambo dah kira ok.But now he wants wifi and gambo clear.anyway,terima kasih walid..coz..always support me.Handphone tu up to you lah..asalkan ok dan tak banyak masalah.Tak nak sebab benda remeh temeh ni buat otak ligat berfikir...

Semoga masalah handphone ni cepat selesai...

Monday, June 28, 2010

Mendidik Anak





1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuksetiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadang kala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Iniakan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Anak ibarat kain yang putih terpulang pada anda untuk mewarnakan nya...
semuanya di tangan anda ..
Fikir-fikirkan lah ....
Nampak mudah tapi bermakna....



Semoga kita boleh mengambil hikmah dari catatan ini-Catatan2 Islami-

Tuesday, June 22, 2010

Ceritera hari ini

Pertamanya..bersyukur.Dapat juga saya upload gambar2 tudung saya.Walaupun ada yang cakap antoo.Mane taknye,saya xde patung.Jadi..saya buat la patung sendiri.Cover muka yang terbaik ialah warna hitam.Sebab putih dan krim warnanya agak tenggelam.Apepun saya amat berharap pengunjug blog saya faham ape yang nak saya publish.Nak tunjuk tudung tu bersaiz Xl,labuh.KUaliti tuudng terjamin,,sebab saya juga pengguna..sudah semestinya mahukan yang terbaik.Walaupun gambar kurang menarik.Kesemua barang yang saya jual memang semua yang saya suka dan saya pun guna.

Keduanya hari ni..Kakak balik sekolah dengan muka,tangan,baju bercop.Cikgu dah explain benda ni pada saya dan nak saya jumpa budak yang buat macam tu kepada anak saya.But,budak dah balik dulu.Hu3..for me biasalah budak2.Anak saya pun tak nangis..tp my hubby banyak tanya juga."knp tak cop budak lain?" " knp dan knp"...so esok..ape perlu saya ckp ye???

Tak dapat nak mengepos barang.Sebabnya dah lebih 3.30 petang.Pejabat pos dah tak terima pengeposan barangan.Then..my BB asyik buat problem sampai my hubby nak tukar lain..nk beli hp ape pulak ye????Guna jelah PC besar ni..tu pun bersyukur ade orang nak belikan BB.For me tak kisah..but his not..mesti nak yg terbaik for me..TQ dear..

Esok..mesti jadi lebih baik..setakat hari ini..trugasan semuanya selesai..

Till then.bye...

Wednesday, June 16, 2010

Aku bersyukur...

Hari ini agak penat sebab banyak perkara nak buat.Alhamdulillah,dapat juga adakan stok kerepek sukun permintaan adik di SMKA Segamat n UiTM dulu.Insyallah akak akan pos esok ye.Next,stok kain cotton dan barang2 lain pun dah ada.Cuma tudung-tudung saya belum dapat nak upload sebab model dan kamera tak da.Tak dan pula nak ambil guna handphone sebab memang tak 'clear'.

Tadi,masa beli kerepek,jumpa Abang Ahmad sekeluarga.Hendak ke rumah Kak Long di Kuala Lumpur.Apa lagi ye..baju PBSM my hubby pun dah dapat.Cuma aksesorinya saja.Puas kami meronda.Nak cari yang termurah sebab tak nak tempah.Beli yang 'ready made' saja.

Apapun,saya bersyukur kepada Allah.Macam-macam dugaan,tapi semuanya perlahan-perlahan semakin reda.Yang penting,saya tahu Allah sayangkan hambanya yang bersabar dan berharap penuh kepada-Nya.Segalanya,saya serahkan kepada Allah.Apa yang penting,saya berusaha selagi boleh.Semoga saya semakin kuat dan tabah mengharungi hari mendatang..dan terima kasih juga buat suamiku untuk sokongan dan ketenangannya...jua buat keluarga...LUV U ALL

Moga hari yang mendatang semakin baik dari semalam.Moga diperbanyakkan rezeki kami.Amin...

Monday, June 14, 2010

POPIA GULUNG INTI KETAM

Selepas dan sebelum.... POPIA GULUNG INTI KETAM


Hari ni sarapan nasi goreng cina dan popia inti ketam.Senang je..semua oarang boleh buat.Kakak pun dah pandai..cuma rajin tak rajin je la sebab nak potong isi ketam tu dan gulung dalam popia.
Bahan-bahan hanya isi ketam (beli je yang segera) dan kulit popia(saiz ikut suka).Lepas tu gulung je.Goreng dan siap....


Thursday, June 3, 2010

Coretan Jun

Lama sungguh sy x update blog ni..dah bersawang hu3.t.kasih pd yg ziarah n bg komen.Byk yg nk dibuat...konon2 nk jd superwomen.Sejak kebelakangn ni sibuk dgn kedai online sy.Jualan kerepek,anak2 dan urusan rumah.Semua nk difikir.Sampai high blood pressure...dugaan

Urusan nk defer master x settle lg.TPM pun xtau dapat ke x.Menanti dan terus menanti..Nak buat checkup lg..Cuti sekolah ni harapnya dapat selesaikan semuanya slowly.Harap xde gangguan..Coz bile my hubby ade senang sikit.

Hari nak settle buku Agro Bank anak2.Moga dipermudahkan segala urusan..

X dpt..nk mencoret byk..till then,bye..

Sunday, April 11, 2010

Nak jaga hati???

Hari ini,kepala terasa berat.Anak-anak pun demam.Pagi-pagi kakak merengek.Kepalanya pening dan tak boleh jalan.Situasi yang sama berlaku Jumaat lalu.Saya pujuk dia,kena kuat semangat.Then,dia pun ok.Mandi dan ganti baju untuk ke tabika.Jumaat dia dah cuti,so tak sedap pula rasanya jika dia terus bercuti.

En3 kali ni pasal hati.Walaupun kita tak nampak hati tu,tapi kita boleh rasa.Macam2 rasa yang terbit dari hati.Sayang,benci,rindu,marah,sedih, kecewa... macam-macam lagi.Hakikatnya sukar menjaga benda yang tidak nampak daripada benda yang nampak.Umpama segala perbuatan kita,depan orang,kita boleh jaga.Allah yang sentiasa ada,tapi tidak nampak,kita tidak menjaga perbuatan kita.

Sekarang ni pun hati saya berbolak-balik.Banyak lagi perkara yang saya tidak faham dengan suami saya.Banyak benda yang saya lakukan mengikut gerak hati saya disebabkan kadang-kala tiadanya komunikasi.Memang dia dilahirkan dalam suasana keluarga yang begitu...sukar untuk mentafsir.Paling malang bila sesuatu berlaku,seolah-olah segalanya berpunca dari saya.Sedangkan,segala keputusan,sepenuhnya dia yang buat.Saya hanya menjadi makmum dan bukan imam.

Dia hanya bersikap tenang,seolah-olah tiada apa yang berlaku.Haru dibuatnya.Saya pula yang gundah-gulana.Hujung minggu lalu,sepatutnya saya pulang ke kampung untuk majlis pertunangan abg ipar.Saya dah maklumkan awal pada my hubby.As usual,dia senyap.Hu3...then,my mum pula minta tolong hantar adik ke exam SPA di Johor.Abah,pun tak tahu jalan ke sana.Lagi-lagi di bandar.Saya mengatakan tidak tahu sama ada dapat tolong atau tidak.Sebab,yang buat keputusan bukan saya.Dengan harapan my mum ade alternatif lain.

Macam biasa bila nak balik kampung my hubby memang tak cakap.Just depends on his signal.Ada juga berbincang petang Jumaat tu.Dia kata just abgnya dan adiknya saja yang akan pergi ke majlis tersebut.Saya tak de pula dengar apa-apa dari ibunya.Mungkin mereka berbual ketika saya di dapur.Dari situ,saya mendapat signal macam dia tak nak balik ke kampungnya.Sebelum ni,memang jika majlis pertunangan dia tidak diberitahu.Bagi saya mungkin dia anggap benda ni tak penting.Then,tak lama lepas tu,dia mintak alamat untuk exam.Itu adalah signal yang kedua.Saya pun tak tahu..memang selalunya saya tak bertanya dia nak balik mana.Sebab memang dia akan senyap.

Then,bila dah pukul 6..memang barang saya dah pack.My hubby masukkan barang2 dlm kereta kancil.Sekali lagi hati bertanya,nk balik kampungnya kot.Sebab bila ada urusan melibatkan ramai orang,barulah dia bawa Avanza.Bila saya termenung kat pintu rumah,dia pun cakap.."kita naik kereta mak je nanti".Signal ketiga yang dia nak ke kampung saya.

Akhirnya.di persimpangan lampu isyarat,kereta meluncur terus tanpa membelok ke kanan.Saya betul2 pasti yang dia hendak ke kampung saya.Sukar bermain dengan hati dan minda ni.Hati saya masih tertanya2 betul ke kami tak perlu balik?Ok ke tidak?Apa yang disangka pun terjadi.Adiknya menelefon tanpa berjawap.Memang my hubby tidak meletakkan kepentingan pada handphonenya.Saya juga selalu terkena begitu.

Saya pula migrain teruk semasa di JB hinggalah ke pagi Ahad.Makan panadol,jelum kepala.Dek kerana tak tahan berpanas dan tak cukup tidur.Memang tak tertengok pun telefon.My hubby tidak pula berusaha menelefon semula.Hanya membalas menggunakan handphone saya.Itu pun saya tahu setelah pulang ke rumah.Tak tahu la apa jadi di kampungnya.Saya sangat arif dengan orang-orang di situ yang bukan bersikap bersangka baik.My hubby selalu cakap buat tak tahu je.Tapi..hati saya yang sakit.

Bagi saya my hubby memikirkan kepentingan yang mana satu diperlukan.Sebab tu dia buat keputusan sebegitu.Memandangkan di pihak saya tak da orang lain yang boleh diharapkan.Adik saya pun bekerja.Bagi dia majlis tu tak begitu penting.Walaupun saya rasakan penting.Cuma,disebabkan berat mulut untuk dia memberitahu maka,keadaan boleh jadi macam-macam.Mungkin fitnah boleh timbul.Saya selalu menjadi mangsa keadaan.Bukan saya tak nak beritahu,sebab sebelum ini my hubby cakap"tak yah ckp pun tak pe".Saya tak suka bertegang leher dengan my hubby.Bagi dia komunikasi tu,macam tak penting.Saya lebih suka dia yang memberitahu untuk mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

Perkara pun dah berlalu,semua ketentuan Allah.My hubby memang cukup tenang."buat apa fikir2".tu la dia cakap bila melihat saya tak keruan.Saya pun tak faham.Sebab,setiap apa yang berlaku pasti saya beritahu mak dan abah saya.Dia tidak pula begitu.Saya lebih banyak tahu mengenainya daripada ibunya.Tidak boleh nak menyalahkannya.Memang keluarganya begitu.Bukan senang nak jaga hati semua orang.Kalau boleh,saya nak buat yang terbaik.Bila tiada sokongan,terasa semuanya hambar.

Komunikasi dua hala sangat penting dalam rumahtangga.Ekspresi wajah,lenggok badan menghasilkan pemahaman yang berbeza bagi setiap orang.Bagi saya,membaca gerak geri,hati,minda suami sudah biasa.Walaupun ada juga saya tersalah tafsir.

Apapun Allah Maha Mengetahui.Semoga segalanya berjalan lancar.Banyak lagi perkara yang perlu dilalui.Jika memikirkan apa yang orang kata kita,sampai bila pun kita tak akan maju.

Till then bye...

Thursday, April 1, 2010

UNTUKMU WANITA

Minggu ini saya agak sibuk dengan membaca.Bila dah bermula,tentunya saya akan membacanya sehingga habis.Anak-anak pun sibuk nak ikut membaca walaupun belum tahu membaca.Cuma kakak sahaja baru boleh menyebut suku kata.Masing-masing membaca dengan gaya tersendiri.Kakak,Abdul Qayyum dan Abdurrahman dengan majalah Asuh nya...

Ahad yang lalu kami ke PWTC.Unexpected program.Sebenarnya adik saya pulang dari mengerjakan umrah ketika itu.Kemudian emak saya kata hendak membeli buku Bahasa Arab Mudah. Dia ingin ke pesta Buku.Tak lama selepas itu,my hubby pun menagajak kami pergi.Macam dekat je kan KL tu.Semua ketentuan Allah.Akhirnya kami pun ke PWTC.Banyak juga buku yang dibeli terutamanya karya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.My hubby beli 4 buah.

UNTUKMU WANITA..buku yang dicari-cari.Berbaloi sebab dapat less lebih 20%.Dah lama kami cari buku ni.Terima kasih walid for the book.

Banyak topik menarik dalam buku ni.Baru saya mengerti kenapa wanita tidak perlu bekerja.Itu adalah hukum asal tetapi diharuskan mengikut syarat-syarat tertentu.Yang pasti bukanlah untuk harta.Saya sukar hendak menjawab bila suami bertanya nak buat apa kerja????Nak buat apa duit????Selalu saya berdebat tentang isu kerjaya bersama suami.

Semua itu disebabkan emosi.Saya rasa terpukul bila isu kerjaya ini dibangkitkan.Macam-macam isu yang timbul.

Buku ni merupakan buku kedua untuk minggu ini.MAKKAH al-MUKARRAMAH Kelebihan dan Sejarah tulisan Abd.Basit Abd.Rahman dah khatam saya baca.Tak sabar nak ke bumi Mekah.Mudah-mudahan ada rezeki saya menjadi tetamu Allah.

Till then,coretan pagi ini.

Wednesday, March 31, 2010

Nasi Arab

En3 kali ni..xde pula gambarnya.Tapi..sebab ade request tanya pasal nasi arab ni,saja je tepek resepi kat sini.Macam biasa,saya tak suka pening2 mengenai bahan2 memasak.So..apa yang ada.

Bahan-bahan

1. Rempah sup (4 sekawan)
2. Rempah kurma
3. Serbuk Jintan manis dan jintan putih
4.Bawang merah dan putih,halia dihiris2
5.Ayam atau daging atau daging burger daging cincang atau sosej (apa2 je yang ada di dapur
kecuali makanan laut)
6.Sedikit garam,planta,bawang goreng,daun sup
7. Sayur-sayuran (lobak,kacang peas atauapa-apa aje yang ade)
7.Beras dan air


Cara memasak

1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan rempah sup
2.Bancuh rempah kurma dan serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air.Kemudian masukkan dalam tumisan.
3. Dah agak garing dan sebati masukkan ayam.
4.Kemudian,boleh masukkan beras dan air(sukatan cam masak nasi biasa)
5.Masukkan sayur(yang keras dulu)
6.Tutup dan tunggu masak.
7.Bila dah masak,boleh letak kacang peas dan sedikit planta.Gaulkan.

Boleh dimakan dengan ayam goreng dan dalca.Kalau nak makan gitu je pun blh sbb dalam tu dah ade daging dan sayur.Saya just goreng ayam dan buat salad kobis campur mayonis.

***Resepi ni memang dah diubah banyak.Sepatutnya guna beras basmathi,minyak sapi dll.Tapi..saya masak ikut apa yang ada.Memandangkan my hubby yang suka makan coz dia terbiasa dgn culture masa di Mekah.Lagipun senang dan jimat.Satu menu je.Tak payah pk lauk2.

Along dan Fiza,selamat mencuba...

Monday, March 29, 2010

Ceritera di TM Net

" Mama, yang papan merah tu mula-mula huruf P kan?", kakak menyoal saya.

" Ye,lepas tu huruf apa?"soal saya pula.

"Huruf E",jawab kakak dan meneruskan huruf seterusnya.

Sebenarnya dia nak membaca huruf PEMBAYARAN yang dia nampak di atas meja di TM Net

Abdul Qayyum sibuk meminta didukung.Abdurrahman pula dengan karenahnya yang memang tak boleh duduk diam.

Jumaat lalu kami ke TM Net Segamat untuk menukar modem yang rosak.Nombor giliran ketika itu 3054,nombor yang kami dapat 3060.Rupa-rupanya gelagat kami sekeluarga mencuri perhatian pengawal keselamatan di situ.

"Puan dah ambil nombor?",pengawal keselamatan menyoal saya.

" Sudah", jawab saya.

" Tak pe,puan guna nombor yang ini(sambil memberi nombor baru).Nombor ni tadi ada orang tak guna." katanya lagi.

Nombor tersebut bukan untuk perkhidmatan,jadi saya tetap menunggu.Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Biasalah dengan anak-anak.Tapi,pengawal keselamatan tersebut beria-ia mahu menolong kami mendapat perkhidmatan yang cepat.

Akhirnya ,setelah berbincang dengan pegawai di kaunter,saya pun dipanggil..dan tukarlah modem.Pegawai tersebut menagatakan modem baru stok pada hari Selasa atau Rabu untuk WiFi modem.Buat masa ini kami guna modem biasa sahaja.Dia meminta datang semula pada hari tersebut.

"Nanti datang sorang je pun tak pe".

"Yang penting penama mesti datang sebab ada borang nak kena sain.Maaf kerana lambat menunggu", begitulah yang pegawai kata.

Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Kami sudah biasa ke mana-mana dengan anak-anak.Mungkin orang lain terasa janggal.


Apapun terima kasih TM Net,coz take care their customer.


Till then,bye


Tuesday, February 23, 2010

AIR MATA RASULULLAH SAW...



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii,ummatii, ummatiii? '
'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihiBetapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Monday, February 22, 2010

Ujian bertulis,temuduga dan mock teaching biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Peringkat Sarjana/Ph.D Tahun 2010

Salam semua..panjangnya tajuk en3 kali ni.As usual,bila hati tidak tenang,tentunya saya akan mencoret sesuatu di en3 ini.Dari minggu lepas mmg dah berdebar2.Bila dapat surat panggilan dari my Faculty at UiTM.First,I think about my hubby,what is his opinion.Either he agree or not??Tapi dlm hati mmg nak sangat pergi coz this is my opportunity.Although the chances to get it is very hard but,the experience is very valuable for me.

Then,after discussion with my hubby,even he almost quiet but I know he agreed.So,I do some preparation for it.Just for writing exam I have no idea coz form my previous friends, they do not have this.. Basically I'm more focus on interview and mock teaching.

Then....just want to share about the interview day...Of course very nervous.For writing,really hard to start.(maklumlah dah lama tak buat esei).Sekejap faham lain,sekejap faham lain.Soalan berbeza dgn org sebelah.So,confirm x blh tiru.Tapi part saya mmg hard to think on that time.About financial,employability.Berbanding dgn rakan di sebelah.30 minutes,600 words.

Then,interview session.starting with mock teaching.pastu interview.Soalan yg disoal:

1.What's government role in Industrial Relation? (soalan yang relate dgn course yg saya present)
2.Why you want 2b a lecturer?
3.Sbb saya dah kawen n ade 3 kids,so for me the killer question is here.cmne dgn husband and my kids.
4.Uitm is all over Malaysia,jadi bagaimana kalau u kena tempat yang jauh.
5.Why you want 2b at UiTM?
6.Why u choose UIA for your masters.
7.Is it lecturer career burden u as a mom having 3 kids?
8.Do you still remember your lecturer at Malacca,why you like her?

Soalan2 tu xde pun psl current issue.My background pun panel x tanye because die mmg dah ade profile kite in application form kot.

But,this is my first time interview yg blh jwp semua soalan without saying I'm not ready,I don't know as my previous interview.Hu3.Even my english mmg cm javanese.Even the session is quite good,but I fell candidate yg lain mmg power2.coz,they are still younger, their mind still fresh, not like me yg dah lama tak speaking.

The best thing,I get many friends.Maklumlah as a fulltime housewife,mmg jarang jumpa org.So,at this time,sempat gak amik name,email n hp diaorang.

Good luck kepada semua yang pergi interview TPM.I know everybody praying to get this.Semuanya ketentuan Allah.If stated you will be a lecturer,mcm mana pun susah jalan yang kita lalui,kita akan jadi lecturer juga.So,apa pun kita bersyukur..

For the next interview for TPM candidate,be calm.Like one of my friend say "x payah nak susah2 pk".Coz, the question not really specific.If we are in calm,may be we can think professionally.Sometime,the easiest thing might be the killer thing during interview because we are always in blur situation.

Till then,bye

Monday, February 8, 2010

Accident lagi???

Hari ni..hidup mmg tidak keruan..smlm tergerak nak beli alat tulis.Ntahle knp???pun xtau...after that dpt sms Mona cakap KPLI dah keluar.Jadi..sesiapa yang berminat nak jadi guru ni jom lah kita apply dan cuba lagi selagi ade peluang.

Lepas tu,hari ni tak pernah pulak saya masuk pagar rumah kereta tak lepas.Tup...tup tersangkut pagar.Habis sport rim.Mujur ada jiran sebelah.Cepat2 saya minta tolong.Tapi,ke depan pun x boleh,ke belakang pun tak boleh sebab grill dalam center sport rim tu.Dah la pagi2 orang nak pergi kerja.Tak de cara lain kecuali angkat kereta tu ke kiri.Sape nak angkat????

At the end,jiran sebelah ni kerja Telekom.Dia pergi kerja.Then,balik semula bersama rakan2 nya dengan 2 buah van Telekom.Then,mereka angkat la kereta saya tu.Terima kasih pada mereka.Benda nak jadi kita tak tahu.

Lepas ni kena amik side betul2.Then,kena fokus.Maklumlah,saya ni kalau bawa kereta bila anak tu menangis,saya memang kalut.

Till then,bye

Thursday, January 28, 2010

Antara pisang goreng dan roti canai

Setiap hari memang rutin saya membuat sarapan.Cuma untuk hari Isnin dan Khamis biasanya simple sahaja sebab hanya anak-anak yang bersarapan.Hari ini,saya memang rancang nak masak roti canai dengan kari.Tapi,last minit semasa saya memotong bawang,suami suruh buat pisang goreng untuk dibawa ke sekolah.

Semuanya boleh berubah sekelip mata.Macam tu jugalah dengan apa yang kita rancang walaupun perancangan tu betul-betul strategik,Allah lagi Maha Mengetahui.Maka,hari ini kami bersarapan pisang goreng dengan sambal kicap dan air nescafe.Sebekas suami bawa ke sekolah untuk sarapan guru-guru.

Hari ini juga saya merancang nak pulang ke kampung sebab ada projek yang perlu dibuat.Seperti biasa bisnes kerepek.Esok pagi2 saya perlu ke kilang untuk membeli kerepek.Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan.Sebab ini pun rezeki juga.

Rezeki ni sebenarnya banyak yang Allah beri.Cuma kita sebagai insan biasa sering menganggap rezeki dalam bentuk wang dan harta.Sebenarnya,balik kampung pun rezeki juga.Jika tidak masakan kita dapat pulang ke kampungberjumpa keluarga jika Allah tidak izin.Semuanya yang kita ada itupun rezeki.Dengan berfikiran terbuka hati menjadi tenang...

Kesimpulannya,bersyukur dengan apa yang ada.Antara pisang goreng dan roti canai,walaupun roti canai lagi sedap,sekurang-kurangnya pisang kat rumah ni tidak membazir dan dapat jamu orang makan sebab dah masak.Setiap yang berlaku ada hikmahnya....

Cikgu Fadhli dan Cikgu Su








Antara lauk yang dimasak


En3 ni sepatutnya dah lama saya buat.Hari2 terakhir dengan jiran sebelah rumah n Cikgu Su.Actually mereka ni colleague my hubby.Mereka dapat pindah sekolah.As Cikgu Su wish nak jumpa nak datang rumah sebelum dia berpindah,so kami jamu lah makan mereka berdua ni.

Cikgu Fadhli dapat tukar ke Kuantan.Dekat dengan wife dia.Setahun juga dia berulang-alik every week.Cikgu Su pula di Simpang Lima,Bukit Gambir.

Lauk2 ni mula2 saya ingat nak buat 2 jenis je.Tapi,lelama tu jadi banyak pulak.Terkejut juga saya bila dah dihidang.

1.Ikan Talapia sweet n sour
2.Ikan talapia goreng
3.Kerabu Taugeh (paling cepat habis)
4.Tempe dan Jagung muda masak lemak
5.Sambal udang
6.Kari ayam

Kali ni saya just nak bagi resepi kerabu taugeh je.

Bahan-bahan

Taugeh
Cili padi
Cili merah dan hijau dihiris
Udang kering digoreng tanpa minyak
Limau nipis
Kerisik(beli yang dah siap)
Bawang kecil
Bawang merah besar dihiris-hiris
Daun ketumbar dihiris
Garam dan gula

Cara membuatnya

1.Celurkan taugeh(tak perlu lama-lama nanti tak rangup)
2.Cili padi,udang kering,bawang merah kecil ditumbuk
3.Gaulkan taugeh dengan bahan yang sudah ditumbuk
4.Masukkan bawang besar yang dihiris,lada merah dan hijau yang dihiris,kerisik,daun
ketumbar,sedikit garam dan gula serta perahan air limau nipis.
5.Gaulkan hingga rata dan siap untuk dimakan
** kerabu ni sedap dimakan segera.Kalau disimpan lama-lama tak sedap sebab ia akan mengeluarkan air

Apa yang best dengan sampan???







'Gambar-gambar sampan dan kapal di Tanjung Pelepas by saif'

Sedikit info mengenai sampan.

From Wikipedia, the free encyclopedia

For the commune in France, see Sampans, Jura.

Sampan on the Yangtze River (Chang Jiang), ChinaA sampan (Chinese: 舢舨; pinyin: shānbǎn) is a relatively flat bottomed Chinese wooden boat from 3.5 to 4.5 m (approximately twelve to fifteen feet) long. Some sampans include a small shelter on board, and may be used as a permanent habitation on inland waters. Sampans are generally used for fishing or transportation, in coastal areas or rivers. It is unusual for a sampan to sail far from land as they do not have the means to survive rough weather.

The word "sampan" comes from the original Cantonese term for the boats, 三板 (sam pan), literally meaning "three planks"[1] , although this term is deprecated in modern Chinese. The name referred to the hull design, which consists of a flat bottom (made from one plank) joined to two sides (the other two planks). The design closely resembles Western hard chine boats like the scow or punt.

Sampans may be propelled by poles, oars (particularly a single, long oar called a yuloh) or may be fitted with outboard motors.

Sampans are still in use by rural residents of Southeast Asia, particularly Malaysia, Indonesia,Bangladesh, and Vietnam.
***************************************************************

Anak-anak saya cukup suka bila melihat sampan,kapal,feri dan sebagainya.Begitu juga dgn kapal terbang dan helikopter dan juga..BAS n BAJAK (paling Abdul Qayyum suka).Bila dalam kereta kami akan berebut-rebut cakap kenderaan tu kami punya.Mungkin sebab my hubby selalu bawak tengok kenderaan -kenderaan di samping memperkenalkan kepada anak-anak jenis kenderaan.Dengan cara ini,mereka akan cepat dan mudah ingat.Cara ini juga kami guna untuk tumbuhan,pokok-pokok,haiwan dan sebagainya.

Berbanding dengan saya yang suka pergi shopping complex.My hubby lak g shopping complex bila perlu.Tapi,bila dah pergi tu,cukuplama.My hubby suka dengan pemandangan especially pantai,tempat2 yang banyak kapal,sampan,swimming pool.Sungguh berbeza.Apapun bila dah lama2 tu saya boleh adapt semua ni.Lagipun banyak boleh belajar dan mengajar aak-anak dari pergi ke shopping complex yang akan membuang duit tanpa disedari.

Thursday, January 7, 2010

Reunion Raya 2009,Tanjung Agas

Bila anak mula ke sekolah..


En3 ni saja saya nk buat coz nk hilangkan kerisauan as a mum.Izzatul Qayyimah,my eldest daughter dah 5 hari ke taska.Setiap hari ada saja cerita baru dari dia.Masa hari pertama saya ke taska untuk mendaftar,seram gak tgk taska tu.Rumput panjang,xde materials untuk belajar.Cuma byk rak2 kosong.Tapi..hati saya pk positif coz mungkin ada bilik lain untuk menyimpan brg.


Disebabkan b4 this Izzah stay di IIUM Educare,mmg la jauh panggang dr api kalau nk disamakan dgn taska yg kat Felcra ni.Masa saya dtg tu anak2 berlari2 n belum mandi.Masa tu hampir pukul 9.Sedangkan jadual anak2 saya di rumah pukul 8 dah siap mandi n sarapan.Lagilah bertambah risau saya ni.


Izzah 3 tahun 7 bln.Mmg x lepas lg die nk ke tadika coz x cukup 4 tahun.Tp kalau ikut tahun die dah 4 tahun.Xtaulah,kalau nk ikutkan die dah kenal huruf n dah byk die tahu.Kalau die just ke taska n main je tu yg risau hati saya.


Xtually kalau bab2 sosial n pergaulan Izzah ok.MMg die pandai menyesuaikan diri.Letak kat mana pun dia pandai berkawan.Even dgn org yg lebih tua dari dia.Hari kedua die ke taska katanya 'nenek' ajar twinkle2.Lagu tu pun dia dah tau beserta dgn gayanya coz saya dah ajar dulu.The next day,die tunjuk tgn labah2.Die panggil nenek mungkin nmpk cm dah tua la kot.Sorang lg dia panggil cikgu.


Semalam pulak dia blk dgn muka sedih.Dia ckp kawan amik color die.Cikgu yg bagi.Pastu kawan tu balik.Mmg Izzah yg paling awal sampai n dia org terakhir blk.Coz ikut masa my hubbyPAstu saya cek color izzah mmg tinggal sikit pun.Saya mmg ajar anak saya jgn ambil brg org.Hubby pun selalu ckp Allah x suka..Tu yang die sedih ckp bila org ambil brg dia then cikgu pulak suruh bg.Bagi anak saya cikgu menyokong benda yg salah.So,mestilah anak saya takut bila cikgu tu dah bg permission.Kalau pinjam blh gak consider.As a teacher or pengasuh..kena pandai cmne nk tackle budak2.Kena train diaorg.And whatever it is kena adil.Kesian kakak malam tadi.Dia asyik sebut2 je pasal tu.Sampai tido pun cm nangis2 je.


Kalau di kampung,bila anak saya nk apa yg sepupu dia ada pun saya x bagi.Sebab tu org lain punya.Saya xnk dia ambil brg org lain sesuka hati.Kalau nk mintak elok2.Kalau org bagi baru ambil.


As a mum,saya tulis nama kat semua color,pencil case n whatever yg dia ada.Dan saya pesan kat dia yg ada nama ni kakak punya.Kalau kawan ambil,minta elok2 dgn kawan.Saya suruh dia kira semua cukup x.Bukan nk demand just nk anak saya jaga barang elok2.Lagu satu ajar berjimat.Kalau semua cikgu suruh bg kat org,berapa kali saya nk beli color?Betul x?


Izzah asyik ckp nk sekolah dgn mama.Dia ckp xde baca buku.Main je.Lagi pening pulak saya.Taska mmg untuk kanak-kanak bwh 4 tahun n baby.Tu yg cmtu.Tapi..anak saya ni mmg real nk g sekolah betul.Dr last year dia nk sgt g sekolah.Bila dok kawasan yg cmni..mmg payah nk cr tempat camtu.Tadika pulak habis kul 11.30.


Apapun,harapnya anak saya makin bijak untuk menghadapi semua ni.I love you so much.Mama tau kakak boleh...chaiyok2

Monday, January 4, 2010

Cuti sekolah versi 2

Salam kepada semua..lama sungguh x update blog ni.Seperti apa yg dijangka..mmg bz bee masa cuti sekolah.Bukan sebab ke sekolah..tp mcm2 ado.ALhamdulillah...semuanya dah selesai.Apepun Allah lagi Maha Mengetahui n saya masih lg kat rumah ni.Dengan azam baru,tahun baru...dan ape lg yg baru agaknya ek...saya nk buat yg lebih baik dr last year n hopefully berakhirlah saya dok kat rumah ni.Hu3..(jgn marah to my hubby).

Last year semuanya beransur pulih.Esp dgn my MIL.Hu3..n saya dah buka seluas2nya pemikiran saya..n saya x peduli ape org kata n saya buat x tahu n yg penting bersabar..at the end..saya rasa..semua ok. x seperti mula2 saya pindah ke sini.Kalau dulu..bila time nk blk rumah MIL..mls nya nk blk..coz lg2 psl keja,n psl anak tu je..but now..semua tu dah x timbul.Kalau ade yg menanya my hubby tukang jwp. n saya makin selesa buat semua kerja kat rumah.Semua ni sbb $$$.This year ekonomi ok sket.Coz my hubby pun dah abis course.Tu sebab keadaan my MIL xdelah setegang dulu kot.Coz pemikiran sempitnya asyik dok tgk cm kami ni susah.Hu3.Apapun memang itu sikap my MIL n diakui anaknya2.So..bila org dah tua,pikiran pun serabut,byk yg lupa,byk yg makin dirisaukan.

Kakak ipar saya pun dah amik anak angkat.So,saya makin selesa nk berbual dgn dia.Kalau tidak b4 this asyik suruh saya bg anak saya.Alhamdulillah.Sekarang saya makin bijak menyesuaikan diri with my hubby family.

Next,alhamdulillah dpt beli MPV this year(toyota avanza).Sayang gak duit saya..xpelah..buat aset even bukan nama saya.

Last year gak family saya bertambah dgn kelahiran Abdurrahman.

Cam tu gak dgn blog ni yg saya buat last year.

Seterusnya,cuti sekolah jln2 ke PD.Last minit plan with my hubby yg ntah ape2.Dok kat Cozzi Hotel.Gi dgn my abah n kak ti. Then ke Melaka,mmg dah berubah betul.X sempat nk naik Menara Taming Sari..Eyes on Malaysia n whatever..coz dah Maghrib.Lain kali la nmpknya.Gambo2 pdate nanti la..coz byk kat kamera Kak ti.

Saya gak isi byk borang..hu3 berangan je.1. SPA 2. GSTT/e-KGSK 3. Young UiTM Lecturer Scheme 4. Master in Political Science IIUM.Harapnya adalah rezeki saya.Amin....

Then,adik my hubby Adun dah selamat diijabkabulkan dgn Lizawati..Nama pun sama dgn nama saya Liza.Nizam my brother pun br je buat majlis kat rumah perempuan last week.

Biz kerepek saya x sempat nk ke kilang even ada permintaan kepek ubi pedas n pisang tanduk.Asking from kwn2 my sis.Mmg x sempat sgt2.Coz byk tul kenduri termasuk kenduri yasin minggu rmh mak saya n my MIL.

Kesimpulannya mmg last year lebih baik dr 2008.N mengikut firasat saya 2010 adalah tahun kegemilangan saya..tp..saya pun x tahu ape die..coz since saya sekolah rendah mmg lebih kurang 5 tahun sekali saya akan jatuh n bangun semula setelah jatuh 5 tahun.Faham x???x phm x pelah.

Nk tau gak...cm ni mase sekolah rendah 1989-1994 saya cemerlang di sekolah.UPSR pun dpt 4A.Pastu...cm biasalah,jd pengawas,masuk mcm2 pertandingan.Then,bila kat sekolah menengah 1995-1999 mmg saya agak jatuh.Result pun x ok sgt.Pastu..2000-2005 blh dikatakan gemilang lah gak kat UiTM.Dapat best student lg tu.Pastu 2006-2009 ms say br nak suaikan diri dgn perkahwinan,kerjaya,anak...n hopefully this year ade something yg best dlm hidup saya....

Oklah..gtg..byk keja dah.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails