SALAM

buku tetamu

Friday, August 14, 2009

Yang Pergi Takkan Kembali Lagi

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Kata-kata ni adalah dr blog Allahyarham Ustaz Asri Rabbani…Al-Fatihah buatnya.Saya pasti ramai yang suka dengan nasyid2nya.Saya membesar dgn nasyid2nya yang dulunya dikenali dgn Nada Murni.Dengan nasyid2 nilah juga saya mendamaikan hati saya jika hati saya sedih.Secara x langsung ia akan buat hati saya tenang sbb segalanya akan berkait jua dgn Allah Yang Esa.

Bila-bila saja Allah akan menjemput kita.Tidak kira di mana dan ketika bila.Apakah persediaan kita.Mak saya selalu pesan kalau ingat mati kita kena berusaha bukan dok ingat je.Jadi..kepada semua kalau ada salah silap tu sebelum tidur kita maafkan semua orang.Tidak kira siapa pun mereka.Sekurang-kurangnya memudahkan urusan.Lagi2 kepada mereka yang cakapnya tidak bertapis macam orang-orang tua yang tidak berpendidikan.Maafkanlah mereka.Dan jika ada salah dan silap masih boleh diperbetulkan selagi hayat dikandung badan.Sama-samalah nasihat-menasihati.Kadang-kadang kita tak nampak salah kita.Kita rasa kita ok.Tapi,pada pandangan orang lain kita tak ok.Jadi,tidak adil menilai diri kita sendiri.Seperti kita mengatakan diri kita rajin orang lain malas.Sedangkan kita tak tahu apa yang terjadi sebnarnya pada orang yang dikata....apa yang penting BERFIKIRAN POSITIF..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails