SALAM

buku tetamu

Saturday, August 15, 2009

Sambungan...Bukankah Yusof Pasangannya Zulaikha?? Isteri atau hamba..

Dia merenung jauh..melihat anak-anaknya yang masih kecil.Kala ini dia boleh selamatkan anak-anak bila mereka minta pertolongan.Adik nak susu,kakak digigit nyamuk dan macam-macam lagi karenah anak-anak.Tapi..macammana bila dia pergi dulu?Boleh ke dia menolong mereka dari sana.Belum sempat dia mengajar anak-anak tentang solat,tanggungjawab sebagai muslim,mengaji,menutup aurat dan sebagainya.Takutnya bila difikirkan.Jadi,masa yang ada manfaatkanlah.Ajar mereka jadi anak yang soleh dan solehah.

*******************************************************************
Bila aku cakap pasal kerja abang akan bagi kerja.Akulah ‘personal assistant’nya katanya.Bab-bab menulis,isi borang,malah tugasan sekolahnya pun aku sering membantu sebab abang selalu meminta ideaku. Ditambah pula dengan latar belakangku yang mempunyai ayah seorang guru dan ibu pembantu tadbir sekolah.Jadi,hal-hal sekolah sudah menjadi kebiasaan. Tugas mendidik anak-anak juga suatu kewajipan yang kadang-kadang takut aku dibuatnya.Inilah tugas yang paling berat abang beri dan dia selalu kata banyak yang kita kena buat. Abang berjenaka denganku “Didik Kak Long jadi astronot, Abang Ngah doktor dan Uda peguam”. Dalam jenakanya aku berfikir bukan semudah itu.Untuk mengajar anak mengenal huruf pun perlu ketekunan.Bagiku guru di sekolah tadika itulah guru yang paling mulia kerana dialah anak-anak boleh membaca.Tapi..orang selalu tidak memandang dari bawah.Orang suka melihat yang di atas.

Bagi orang lain jika duduk di rumah semua tugas perlu dilakukan.Dari hal mengemas,membasuh,menjaga anak,menjaga suami dan segalanya.Kadang-kala kasihan si isteri tanpa ucapan terima kasih.Inilah yang selalu terjadi.Lagi-lagi bagi orang-orang veteran yang sememangnya dengan tradisi sedemikian.Baginya itu adalah tugas perempuan semata.Ya,aku juga ingin melakukan begitu.Baru aku puas hati. Tapi..tidak pula bagi kami.Walaupun aku duduk di rumah segalanya dilakukan bersama.Pendek kata ada pembahagian tugas.Sememangnya suamiku ringan tulang membantu.

Baginya ada lagi tugas yang wajib.Kerja rumah katanya tidak wajib.Itulah yang dia akan cakap bila aku takut tak larat nak berkemas bila tak cukup tidur.Untuk layan abg berbual.Dia suka kejut aku malam-malam.Bila nak menggosok bajunya pun aku lakukan ketika dia bekerja.Aku akan gosok semuanya.Kalau tak dia akan tegur ”Sayang tak payah lah gosok.Buang masa je”.Aku memang arif benar dengan perangainya.Bila sekali dia sebut,jangan ditanya lagi.

Tapi…sekali orang memandang lain orang berfikir.Aku pula yang dikata.Walhal memang itu sikap suamiku.Tambahan pula aku mempunyai masalah tulang belakang.Aku tidak boleh membuat kerja berterusan dan juga kerja-kerja berat.Memang sejak aku tahu masalah ini bermula ketika hendak masuk ke sekolah menengah,ibu bapa ku menegah aku melakukan kerja-kerja berat.Orang lain tak tahu apa yang aku alami.Macammana rasa sakit belakangku ini kalau melakukan kerja-kerja yang melibatkan pergerakan membongkok. Terngiang-ngiang lagu nasyid “sedih pilu haya Engkau yang tahu”…. Bukan itu saja,aku juga mempunyai alergik kulit yang kritikal.Doktor cakap aku tak boleh dengan cuaca yang tidak sekata.Bila panas,kemudian masuk ke tempat yang berhawa dingin badanku bengkak,gatal sehingga tidak boleh bernafas.Tanyalah kawan-kawanku di kampus,kerap aku naik ambulan dan ke hospital.Itu semua orang tak tahu.

Sungguh aku tidak faham dengan apa yang dikatakan malas.Setahu aku kalau malas tu langsung tak buat kerja.Terfikir juga aku perlu ke aku menunjuk-nunjuk ketika di rumah mertua? Aku sudah melakukan apa yang patut.Mungkin bagi mereka belum cukup lagi.Jika aku berbaring pun bukan saja-saja.Aku mempunyai anak kecil yang menyusu.Berbaring adalah kondisi paling selesa buat anakku.Anakku seakan tahu yang hatiku tidak tenang dan otak sentiasa berfikir ada lagi ke kerja yang hendak dibuat.Sedangkan dia hendak menyusu.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang kecil.Maka tugasan di rumah dilakukan sendirian.Tidak seperti abang yang berkeluarga besar.Kekok aku bila ramai-ramai.Tak tahu nak buat apa.Aku juga kekok buat kerja di depan orang.Kalau memasak takut ada yang tidak kena.Jadi selalunya aku hanya membantu.Mangkin sebab aku bukan ketua di dapur dan hanya membantu nampak seperti aku tidak arif. Sedangkan di rumah sendiri dapur umpama pejabat.Setiap hari aku memasak.Aku bebas hendak masak apa.Aku juga memasak dengan hati yang tenang tanpa gangguan.

Birasku ade juga menegur pasal kerja ni.Aku pun terangkan yang aku tidak reti buat kerja depan orang.Dia cakap “tak bolehlah macam tu”.Semasa aku tinggal sementara di rumahnya,bila dia ke pejabat aku menyapu,membasuh guna tangan sebab masa tu tak tau guna mesin automatik,basuh bilik airnya yang berkarat.Tapi,dia tak perasan semua tu.Untuk melakukan tugasan lain aku takut dia tidak berkenan pula.Takut kain yang dilipat salah,takut susunan bunga salah.Jadi,mungkin nampak aku macam tidak melakukan kerja.Apapun aku cuba perbaiki diri dan positif menerima teguran.Kadang-kadang terfikir juga dek kerana takut sebab nak manjaga hati orang,akhirnya memakan diri pula.

Macam tu juga bila di rumah mertua,aku buat semua kerja bila mereka ke kebun.Bila balik dari kebun,semua dah siap.Termasuklah masak.Jadi,kenapa pula ada pertikaian. Bila aku minta pandangan abang,abang cakap”biarlah,buat tak tahu saja.Mak memang macam tu”.Dia juga berpesan jangan ikut cara kakak iparnya yang sememangya bercakap lepas.

Pernah juga bila aku bertanya kepada birasku.. “nak masak apa ni kak?” “ Biar je lah, takut nak masak.Nanti salah masak kena marah” jawapnya. Birasku orang Kelatan.Apa yang dimasaknya sering dipertikaikan oleh ibu mertua.Padaku,bersyukur ada orang hendak masak. Ketika itu serba salah dibuatnya.Nanti dikata tidak buat kerja pula…

Suatu hari aku berbual dengan abang.Aku cakap minta maaf kepadanya sebab kalau selama ni aku susahkan abang.Abang pun pelik kenapa aku cakap macam tu. Aku cakap ibunya memandang serong walaupun aku tidak bekerja,tugasan rumah dia lakukan juga.Abang cakap “Biarkan jelah.Buat apa nak pelik, abang kan memang macam ni.Memang sepatutnya abang tolong sayang.Sayang tu lagi kesian kena jaga anak-anak sampai tiga orang”. “Habis,Kak A tu mengiyakan macam mana pulak?” Balasku. “Biarlah dia tu,jangan fikir sangat.Jangan ikut cara dia.Kita dengan cara kita”.Aku pun terdiam. Sebelum tidur abang pesan kalau baca blog orang,baca macam baca suratkhabar.Sekadar lalu saja.

Bila aku bertanyakan “kenapa abang buat macam ni? Abang tak kisah ke?” “Sebab abang sayang Sayang.” Sebab tu kita ditakdirkan bersama.Maksudnya abang adalah pelengkapku.Aku juga memang rasa aku betul-betul isteri bukan seperti hamba.Abang cakap aku permaisuri.Aku selalu cakap abang macam orang dalam novel.Sungguhpun begitu aku tetap menjaga keperluannya.Makan minum dan pakaian dan sebagainya.Rumah aku pastikan kemas.Bila pulang dari bekerja,dia akan terus ke dapur dan buka tudung saji jika tidak berpuasa.Abang memang nampak tidak berisi sebab dia akan mengeluh bila rasa berat badannya naik.Dia akan berjogging setaman.Maklumlah dia atlet di kampus dahulu.Pendek kata walaupun banyak makan,dia menjaga badan.Orang pula berfikir sebaliknya.Suamiku kurus sebab banyak yang perlu dilakukan.Itulah suamiku,raja di hatiku dan anak-anak.Biarlah orang berkata.Apa yang penting rumahku adalah syurgaku.Suamiku adalah sifuku.Bila di rumah aku bahagia walaupun adakalanya di luar aku derita.

Bukankah Yusof pasangannya Zulaikha???

Bersambung.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails