Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
*Bayi turun ke bawah
*Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.( saya rasa perut saya berat je..hu3 )
Anda mungkin terasa:
*sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yang ni mmg saya rs sejak akhir
kehamilan)
*kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yang ni ye juga)
*sakit perut, memulas
*kerap buang air besar
*kerap terkentut
*Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
*Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
*Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku
beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
*Sakit belakang
*Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
#Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
#Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
#Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.(nurse di labor room tolong urut belakang saya)
#Pecah air ketuban (anak pertama n kedua)
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
#Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
#Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
#Kontraksi yang tetap dan berterusan
#Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
-kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak
mahu bersalin dalam kereta. :-) )
-keluar air ketuban.
-pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
-darah dari vagina.
-apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
Labor Signs, webmd.com
Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment