Dia seorang isteri yang biasa sahaja.Seorang surirumah sepenuh masa dengan tiga orang anak-anak yang comel. Tapi jauh di sudut hati kecilnya,tidak bermakna untuk selamanya dia begini. Cuma mungkin belum rezekinya lagi.Sudah 6 surat temuduga tersimpan.Bukan dia tidak mahu pergi.Banyak kali sudah disuarakan hasratnya.Suaminya belum mengizinkan.Acapkali si suami berkata “rezeki ada di mana-mana”.Maksudnya itu kadang-kala sukar difahami.Yang pasti mungkin si suami hendak isterinya mengikut jejaknya sebagai pendidik.
Kadangkala ada juga idea nekadnya untuk bekerja.Terfikir hendak ke kota sendirian.Bekerja di tempat lamanya dan macam-macam yang menerjah di minda.Sudahnya semua itu berkubur begitu sahaja dek pujukan si suami.Bila difikirkan tentang keberkatan, adakah berkat jika dia bekerja??Itulah yang membuatkan segalanya tinggal impian.
Diam tak diam sudah setahun lebih aku duduk kat rumah ni..dan macam-macam yang aku lalui.Rasanya lebih baik terasa hati dengan rakan sekerja daripada keluarga sendiri.Orang hanya melihat dan berkata.Tapi..tak tahu apa yang terjadi sebetulnya.Macam tulah selalunya..jarang kita ni berfikiran positif.Apapun aku bersyukur sebab ada suami yang memahami dan dapat membesarkan anak-anak di depan mata.Dia sering bermonolog sendirian.
Hidup berumahtangga ni bukan semudah yang disangka.Adakala macam laut juga sekejap tenang,sekejap dilambung ombak.Bila antara kita suami isteri dan anak-anak gembira,bahagia..ada orang lain yang tak berpuas hati.
Benarkah Yusof pasangannya Zulaikha??? Macam tu lah kenyataannya.Sering dilihat pada kad jemputan yang Yusof pasangannya adalah Zulaikha.Bukan dia tidak pernah bekerja.Terakhir dia bertugas di syarikat swasta sebagai Pengurus Pentadbiran.Keputusan untuk berhenti memang mendadak untuk mengikut suami bertugas di negeri kelahiran.Bukan tidak boleh mengajar di kota,tapi suaminya lebih suka tinggal di pedalaman.Inilah pengorbanan paling besar walaupun dia tahu apa yang bakal terjadi.Apatah lagi dengan sikap ibu mertua yang amat dikenalinya.Jika tiada wang,umpama hidup tidak akan selamat.Mungkin dikata orang,dipersalahkan dan macam-macam pun boleh terjadi.
Ya..memang aku sayangkan abang.Ukhuwwah ni tak dapat nak dibeli di mana-mana.Jadi..sudah muktamad keputusan.Dan mudah-mudahan semua ini adalah jalan terbaik demi abang dan anak-anak.Semoga aku tabah untuk harungi segalanya.
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment