SALAM

buku tetamu

Friday, August 14, 2009

Tatapan untuk isteri (Tanggungjawab sebagai seorang wanita,isteri dan ibu...)

Ujar lelaki,wanita itu lemah...
Ujar wanita,mereka adalah lembut...

Antara lemah dan lembut...banyak perbezaannya..Namun ada yg tidak rela mengakuinya.Telah ditakdirkan...krn lembutnya wanita,tidak gemar perbalahan.kecuali jika terpaksa.Lalu wanita pun diam.Diam seolah-olah menerima...dlm diam wanita gigih melaksanakan kewajipan.Dlm diam wanita terus-terusan bekerja.Di pejabat sebagai kerani,di rumah sbg suri.Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,hingga jarum jam tegak bertindih jari .

Lelaki yg mengaku kuat...celik mata sarapan sudah terhidang.Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang.Isteri yg dikatakan lemah...bergelut didapur memasak...suami yg mengaku gagah...bersantai dihadapan TV tidak bergerak.Selesai memasak,wanita menguruskan anak2,menyapu sampah,mengemas rumah yg berselerak.suami keletihan krn memandu di jalan yg sesak,berehat menonton TV sambil ketawa.Dlm diam wanita terus berlumba dgn masa, memandikan anak,melipat pakaian dan membasuh baju.Kakitangan digerakkan dgn laju,menyiram pohon2 yg mulai layu.sebelum solat magrib utk sujud...menyembah pada yg satu.Makanan dihidangkan selepas solat.

Selesai kerja rumah,anak2 di ajar mengaji,sedang si suami tersadar semula seperti tadi.Sebagai isteri kesetiaan seorang wanita sentiasa diuji.Dlm diam semua tugas rumah segera dibereskan...

Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan diskriminasi,lantang membela nasib wanita...memberi kesedaran supaya segera bangkit.Meminta lelaki jgn lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi.Hukum agama telah terpapar!!! Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak,membasuh pakaian,menyediakan makanan...Jika suami tidak berdaya melakukannya...seorang pembantu wajar disediakan.Lelaki yg hanyut dlm keasyikan,tidak mampu menerima perubahan .Rela bertahan bagaimana jua,asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati.Dlm diam wanita yg sering dianggap lemah meneruskan hidup dlm segala kekuatan."

*************************************************************************
"kekayaan yg paling kaya ialah AKAL,kemiskinan yg paling besar ialah JAHIL,keburukan yg paling hodoh ialah SESAT."

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,jika diri sendiri tak seindah SULAIMAN,mengapa mengharap teman setampan YUSUF,jika kasih tak setulus ZULAIKHA,tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,jika tak sekuat SARAH,mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W."

"Tak guna Ada MATA kalau tak dpt MELIHAT.Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI.'

sekian dulu buat tatapan para isteri...

Nanti..kita tengok apa pulak diaorang komen..yang pasti my hubby x macam ni.Alhamdulillah,satu bonus.Semasa saya mengandung tahun ni bila saya nyatakan hasrat nak bekerja dia cakap x payah dulu.Nanti penat.Apapun secara automatik keikhlasan tu datang untuk melakukan segala tugas.Apatah lagi jika kita memang sbg surirumah.Cuma zaman sekarang wanita pun turut bekerja..ada yang merungut juga apabila segala perkara tergalas dibahu.Sedangkan suami yang juga orang yang terpelajar tidak membantu.Jadi,bagi yang merungut tu kalau tak ikhlas luahkanlah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails