SALAM

buku tetamu

Tuesday, September 15, 2009

TEACHER

My Ambition


"My ambition is to be a doctor.To be a doctor is not easy. I have to treat sick people."


Ini ialah ayat English esei yang Pn.Ambalaki suruh hafal masa Year 4.Dah lama berlalu..tp saya masih ingat.Tapi..saya suka tukar 'doctor to teacher'.Mungkin sebab abah saya guru so saya mmg interested nk jd gruru.Cuma belum rezeki saya.Sekarang anak murid tetap saya 3 org..mereka ialah anak saya sendiri hu3..


Jom layan pengalaman saya..first impression org bila tgk saya..


Econsave Kajang

Kanak-kanak: "Good afternoon teacher" (sambil memegang baju saya)

Saya: (Saya pun menoleh) "I'm not your teacher.Sorry."


Kanak-kanak tu pun berlari ke arah parent dia.


Kanak-kanak itu bukan Melayu.Dia ingat saya cikgu dia kot.Hu3..kesian dia.Masa ni mmg saya jadi cikgu kat Pusat Tuisyen dan seingat saya xde anak murid macam dia coz saya mengajar di Setiawangsa.


Perak


Masa ni on the way ke Manjung.Then,berhenti kat satu gerai nak beli makanan.Lepas tu sorang budak tu tunjuk2 ke arah kereta.Lepas suami saya membeli saya tanya kenapa.Dia ckp budak tu kata kat mak dia saya ustazah dia.


Kundang Ulu


Semasa di kedai.Ada org tegur saya,"belanja cikgu"..saya buat tak tahu je.Sebab ingat dia cakap dengan orang lain.Pastu,dia ulang cakap lagi...Saya cakap ye je..Padahal saya tak kenal pun orang tu.


Kedai cermin mata


Masa ni nk buat cermin mata.Masa orang tu nak cek power dia tanya.Cikgu ngajar kat mana?


Kedai runcit Labis


"Hai cikgu,muda-muda pun anak dah 3".Masa tu ingat orang tu akap dengan suami saya.Coz suami saya pun balas die cakap.Pastu..die cakap lagi.Cikgu orang Kelantan kan?Mata die tengok saya.Orang tu Cina.Pastu..kitaorang pun pelik la.Dia cakap lagi "ajar dekat sini kan?" "Xdelah,saya belum ngajar lagi".Itulah selalunya jawapan saya dengan harapan saya akan jadi juga cikgu.


Sebenarnya banyak lagi pengalaman saya.Bila dekat klinik pun orang cakap saya cikgu gak dan make sure appointment saya bukan masa cuti sekolah.Kat mana pun saya pergi title cikgu tu cm dah melekat je.Dah x larat saya nk jawap.Ni semua bukan cerita bohong.Bukan juga nk meninggi diri.Just sebagai satu semangat saya untuk terus mohon jadi guru ni.Dah 2 kali saya mintak,tapi x berjaya.Cikgu English saya masa Year 3 ckp jgn putus asa.Ada orang 7 kali mohon baru dapat.Tahun ni cuba lagi.Lagi2 suami saya pun mmg berharap saya ber'profession' sama dgn dia.


Hakikatnya till now title cikgu belum pun saya pegang..hu3..belum rezeki saya @bukan rezeki saya..Hanya anak-anak yang menjadi anak murid saya.Tak lupa juga rakan-rakan facebook yang saya berkongsi idea dan pendapat...tu pun lebih banyak kepada bisnes...


Apapun..bersyukur itu penting...berusaha positif dan bersedia negatif....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails