Setiap hari memang rutin saya membuat sarapan.Cuma untuk hari Isnin dan Khamis biasanya simple sahaja sebab hanya anak-anak yang bersarapan.Hari ini,saya memang rancang nak masak roti canai dengan kari.Tapi,last minit semasa saya memotong bawang,suami suruh buat pisang goreng untuk dibawa ke sekolah.
Semuanya boleh berubah sekelip mata.Macam tu jugalah dengan apa yang kita rancang walaupun perancangan tu betul-betul strategik,Allah lagi Maha Mengetahui.Maka,hari ini kami bersarapan pisang goreng dengan sambal kicap dan air nescafe.Sebekas suami bawa ke sekolah untuk sarapan guru-guru.
Hari ini juga saya merancang nak pulang ke kampung sebab ada projek yang perlu dibuat.Seperti biasa bisnes kerepek.Esok pagi2 saya perlu ke kilang untuk membeli kerepek.Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan.Sebab ini pun rezeki juga.
Rezeki ni sebenarnya banyak yang Allah beri.Cuma kita sebagai insan biasa sering menganggap rezeki dalam bentuk wang dan harta.Sebenarnya,balik kampung pun rezeki juga.Jika tidak masakan kita dapat pulang ke kampungberjumpa keluarga jika Allah tidak izin.Semuanya yang kita ada itupun rezeki.Dengan berfikiran terbuka hati menjadi tenang...
Kesimpulannya,bersyukur dengan apa yang ada.Antara pisang goreng dan roti canai,walaupun roti canai lagi sedap,sekurang-kurangnya pisang kat rumah ni tidak membazir dan dapat jamu orang makan sebab dah masak.Setiap yang berlaku ada hikmahnya....
No comments:
Post a Comment