SALAM

buku tetamu

Thursday, April 1, 2010

UNTUKMU WANITA

Minggu ini saya agak sibuk dengan membaca.Bila dah bermula,tentunya saya akan membacanya sehingga habis.Anak-anak pun sibuk nak ikut membaca walaupun belum tahu membaca.Cuma kakak sahaja baru boleh menyebut suku kata.Masing-masing membaca dengan gaya tersendiri.Kakak,Abdul Qayyum dan Abdurrahman dengan majalah Asuh nya...

Ahad yang lalu kami ke PWTC.Unexpected program.Sebenarnya adik saya pulang dari mengerjakan umrah ketika itu.Kemudian emak saya kata hendak membeli buku Bahasa Arab Mudah. Dia ingin ke pesta Buku.Tak lama selepas itu,my hubby pun menagajak kami pergi.Macam dekat je kan KL tu.Semua ketentuan Allah.Akhirnya kami pun ke PWTC.Banyak juga buku yang dibeli terutamanya karya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.My hubby beli 4 buah.

UNTUKMU WANITA..buku yang dicari-cari.Berbaloi sebab dapat less lebih 20%.Dah lama kami cari buku ni.Terima kasih walid for the book.

Banyak topik menarik dalam buku ni.Baru saya mengerti kenapa wanita tidak perlu bekerja.Itu adalah hukum asal tetapi diharuskan mengikut syarat-syarat tertentu.Yang pasti bukanlah untuk harta.Saya sukar hendak menjawab bila suami bertanya nak buat apa kerja????Nak buat apa duit????Selalu saya berdebat tentang isu kerjaya bersama suami.

Semua itu disebabkan emosi.Saya rasa terpukul bila isu kerjaya ini dibangkitkan.Macam-macam isu yang timbul.

Buku ni merupakan buku kedua untuk minggu ini.MAKKAH al-MUKARRAMAH Kelebihan dan Sejarah tulisan Abd.Basit Abd.Rahman dah khatam saya baca.Tak sabar nak ke bumi Mekah.Mudah-mudahan ada rezeki saya menjadi tetamu Allah.

Till then,coretan pagi ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails