SALAM

buku tetamu

Monday, March 29, 2010

Ceritera di TM Net

" Mama, yang papan merah tu mula-mula huruf P kan?", kakak menyoal saya.

" Ye,lepas tu huruf apa?"soal saya pula.

"Huruf E",jawab kakak dan meneruskan huruf seterusnya.

Sebenarnya dia nak membaca huruf PEMBAYARAN yang dia nampak di atas meja di TM Net

Abdul Qayyum sibuk meminta didukung.Abdurrahman pula dengan karenahnya yang memang tak boleh duduk diam.

Jumaat lalu kami ke TM Net Segamat untuk menukar modem yang rosak.Nombor giliran ketika itu 3054,nombor yang kami dapat 3060.Rupa-rupanya gelagat kami sekeluarga mencuri perhatian pengawal keselamatan di situ.

"Puan dah ambil nombor?",pengawal keselamatan menyoal saya.

" Sudah", jawab saya.

" Tak pe,puan guna nombor yang ini(sambil memberi nombor baru).Nombor ni tadi ada orang tak guna." katanya lagi.

Nombor tersebut bukan untuk perkhidmatan,jadi saya tetap menunggu.Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Biasalah dengan anak-anak.Tapi,pengawal keselamatan tersebut beria-ia mahu menolong kami mendapat perkhidmatan yang cepat.

Akhirnya ,setelah berbincang dengan pegawai di kaunter,saya pun dipanggil..dan tukarlah modem.Pegawai tersebut menagatakan modem baru stok pada hari Selasa atau Rabu untuk WiFi modem.Buat masa ini kami guna modem biasa sahaja.Dia meminta datang semula pada hari tersebut.

"Nanti datang sorang je pun tak pe".

"Yang penting penama mesti datang sebab ada borang nak kena sain.Maaf kerana lambat menunggu", begitulah yang pegawai kata.

Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Kami sudah biasa ke mana-mana dengan anak-anak.Mungkin orang lain terasa janggal.


Apapun terima kasih TM Net,coz take care their customer.


Till then,bye


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails