SALAM

buku tetamu

Wednesday, March 31, 2010

Nasi Arab

En3 kali ni..xde pula gambarnya.Tapi..sebab ade request tanya pasal nasi arab ni,saja je tepek resepi kat sini.Macam biasa,saya tak suka pening2 mengenai bahan2 memasak.So..apa yang ada.

Bahan-bahan

1. Rempah sup (4 sekawan)
2. Rempah kurma
3. Serbuk Jintan manis dan jintan putih
4.Bawang merah dan putih,halia dihiris2
5.Ayam atau daging atau daging burger daging cincang atau sosej (apa2 je yang ada di dapur
kecuali makanan laut)
6.Sedikit garam,planta,bawang goreng,daun sup
7. Sayur-sayuran (lobak,kacang peas atauapa-apa aje yang ade)
7.Beras dan air


Cara memasak

1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan rempah sup
2.Bancuh rempah kurma dan serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air.Kemudian masukkan dalam tumisan.
3. Dah agak garing dan sebati masukkan ayam.
4.Kemudian,boleh masukkan beras dan air(sukatan cam masak nasi biasa)
5.Masukkan sayur(yang keras dulu)
6.Tutup dan tunggu masak.
7.Bila dah masak,boleh letak kacang peas dan sedikit planta.Gaulkan.

Boleh dimakan dengan ayam goreng dan dalca.Kalau nak makan gitu je pun blh sbb dalam tu dah ade daging dan sayur.Saya just goreng ayam dan buat salad kobis campur mayonis.

***Resepi ni memang dah diubah banyak.Sepatutnya guna beras basmathi,minyak sapi dll.Tapi..saya masak ikut apa yang ada.Memandangkan my hubby yang suka makan coz dia terbiasa dgn culture masa di Mekah.Lagipun senang dan jimat.Satu menu je.Tak payah pk lauk2.

Along dan Fiza,selamat mencuba...

Monday, March 29, 2010

Ceritera di TM Net

" Mama, yang papan merah tu mula-mula huruf P kan?", kakak menyoal saya.

" Ye,lepas tu huruf apa?"soal saya pula.

"Huruf E",jawab kakak dan meneruskan huruf seterusnya.

Sebenarnya dia nak membaca huruf PEMBAYARAN yang dia nampak di atas meja di TM Net

Abdul Qayyum sibuk meminta didukung.Abdurrahman pula dengan karenahnya yang memang tak boleh duduk diam.

Jumaat lalu kami ke TM Net Segamat untuk menukar modem yang rosak.Nombor giliran ketika itu 3054,nombor yang kami dapat 3060.Rupa-rupanya gelagat kami sekeluarga mencuri perhatian pengawal keselamatan di situ.

"Puan dah ambil nombor?",pengawal keselamatan menyoal saya.

" Sudah", jawab saya.

" Tak pe,puan guna nombor yang ini(sambil memberi nombor baru).Nombor ni tadi ada orang tak guna." katanya lagi.

Nombor tersebut bukan untuk perkhidmatan,jadi saya tetap menunggu.Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Biasalah dengan anak-anak.Tapi,pengawal keselamatan tersebut beria-ia mahu menolong kami mendapat perkhidmatan yang cepat.

Akhirnya ,setelah berbincang dengan pegawai di kaunter,saya pun dipanggil..dan tukarlah modem.Pegawai tersebut menagatakan modem baru stok pada hari Selasa atau Rabu untuk WiFi modem.Buat masa ini kami guna modem biasa sahaja.Dia meminta datang semula pada hari tersebut.

"Nanti datang sorang je pun tak pe".

"Yang penting penama mesti datang sebab ada borang nak kena sain.Maaf kerana lambat menunggu", begitulah yang pegawai kata.

Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Kami sudah biasa ke mana-mana dengan anak-anak.Mungkin orang lain terasa janggal.


Apapun terima kasih TM Net,coz take care their customer.


Till then,bye


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails