SALAM

buku tetamu

Tuesday, November 23, 2010

Kek Coklat Moist MUDAH !!!!




Hari ni sudah ketentuannya.Rezeki anak-anak nak makan kek coklat ni..dah lama nak buat tapi bahan tak cukup je..walaupun simple.Maklumlah di rumah susu cair dan sebuk koko bukan keperluan utama.Nak jadi cerita,rupa-rupanya telur ada sebiji je kat rumah..nak ke tak ye??Kawan saya..cik mun kata adunan tu kecilkan sukatannya..bermakna saya kena bahagi 3 sukatan adunan sebab sukatan asal 3 biji telur.

Misi diteruskan even baking powder xde..telur sebiji..Jadilah kek nipis camni..Sebab tak tau nak letak dalam apa..letak dalam loyang even adunan sikit..hu3.Apepun alhamdulillah rasanya sedap..lembut..

Jom tgk bahan-bahannya..resepi asal dpt dari K.Anna 

**adunan kek saya 1/3 dr sukatan di bawah sbb telo tinggal sebiji.

-1 cawan gula pasir
-1 cawan serbuk koko (saya guna Van Houten)
-1 cawan susu cair
-1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi
sedap)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 1/4 cawan tepung gandum
-1 tsp baking powder (yang ni sy x letak)
-1 tsp soda bicarbonate
-3 biji telur


Cara :

* Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

* Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

* Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.

*Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
(boleh bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) *saya kukus je..

TOPPING

* 1/2 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn susu pekat
* 2 sudu besar air panas
* 1 sudu besar butter@marjerin

- Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.Boleh hias ikut suka :)

Till then..selamat mencuba..

Monday, November 22, 2010

Cerita perniagaan online..


Salam pagi Selasa...Besarnye kan gambar di atas tu..:) Nak cerita sikit mengenai 'biz online'.Rata-rata ramai sekarang yang menceburinya..sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa..Termasuklah saya..dalam pada tu macam-macam pengalaman yang dilalui.Sebolehnya saya mahu buat yang terbaik dan memuaskan hati semua orang.

Setakat ini alhamdulillah.Berurusan dengan pelanggan yang cerewet memang memerlukan kesabaran..nak tak nak kena layan juga..even dalam hati Allah saja yang tahu..Ada kala sudah di beri potongan harga..hendakkan penghantaran percuma..aduhai..pening juga dibuatnya..Maklumlah,saya bukan berniaga besar-besaran..stok setakat 10 helai je setiap jenis..sikit-sikit saja..Kos yang lebih tinggi berbanding pemborong yang mengambil secara banyak dengan berkodi-kodi..Mungkin harga sedikit mahal sebab modal adalah berbeza dengan peniaga yang mengambil stok banyak..Semua ni pelanggan tak tahu..Yelah,siapa yang tak nak harga murah..ye tak?Saya selalunya ikut harga market online..sudah tentu market oline berbeza dengan di luar..lagi-lagi harga jalan TAR...usah di samakan..

Apapun..ade sesetengah pelanggan very friendly..suka sangat..bayar pun cepat...Ada tu..macam-macam alasan.Tapi..saya tak kisah..asalkan jadi membeli..Kalo tak jadi..haru juga dibuatnya..Kemudian..nak jadi pembeli..kena baca term dan regulation betul-betul.Kawan-kawa niaga saya nasihatkan kena bertegas.Kalo nak bagi kurang harga pun patut-patut saja.Kurang 50 sen ke..paling tinggi pun RM15 tu pun jika pembelian dah dekat RM200.Tapi saya ni jenis lembut hati..macam mana tu..Orang tak mintak kurang pun saya bagi kurang.Sebab,saya meletakkan diri saya pada tempat pembeli..even ada yang tak kisah dengan jumlah harga.Apapun saya cube..untuk lebih tegas..Apa yang yang nak cuba lakukan adalah tentang pembayaran..Kalo boleh selesai dalam masa 48 jam.Kecuali hal-hal tertentu..dan pembeli yang memberitahu saya sebab tak dapat nak bayar.Biasanya faktor masa bekerja dan kenderaan dan selalunya tunggu gaji..:) Tak nak lah saya but follow up lebih 5 kali senyap je..nak jual kat orang lain..tak sedap pula..lagi-lagi kawan.

Berbalik tentang term n condition..seperti biasa mana-mana penjual tidak membenarkan pemulangan barang.kecuali hal-hal disebabkan kesilapan penjual..Urusan jual-beli online melibatkan pos dan juga stok yang terhad..Ada kala..penjual tak menyimpan stok.Gambar hanya untuk display saja.Bukan tak nak consider...boleh dalam certain-certain kes.Saya suka berterus terang..kalo tak dapat jual sebab defect..saya cakap terus.Ada tu..pembeli nak juga membeli even defect..saya tolak murah-murah.Pertukaran pun ada had masa.Tak lebih dari 3 hari..Kos ditanggung pembeli...

Jenis kain terutama tudung saya masih lagi belajar.Selalunya..saya ikut info yang dimaklumkan pembekal.Mengenai gred dan sebagainya.Harga juga menunjukkan kualiti kain.Tetapi tidak semua sebab bergantung kepada harga yang diberikan pembekal..Kebiasaannya tudung yang ditempah jahit lebih mahal berbanding yang sudah siap..Begitu juga tempahan sulam..Untuk sulaman tangan asli saja RM20.belum termasuk kos tudung lagi..Harga biasanya bergantung kepada jenis kain,labuh tudung,awning,aksesori (sulam dan batu),jenis biasa atau scallop, dan harga pembekal.Harga borong 10 helai lebih mahal dari 20 helai..peniaga yang dapat menjual murah sebab mereka membeli lebih dari sekodi..biasanya kodi yang kedua mendapat harga lagi murah..

Biasanya tudung yang berharga RM35  termasuk pos atau lebih kurang dari itu jenis kainnya tidak halus seperti Gred A.Kainnya dari lycra juga,tapi ade campuran jersi dan spandex.Ataupun lycra China.Semua saya nyatakan di blog.Ada kala tidak sempat untuk terangkan di FB sebab baru saja nk update..ade saja halangan..inbox masuk..notification..dan lain-lain.Medium utama saya adalah BLOGSPOT.FACEBOOK adalah medium kedua.Untuk tudung RM10-RM15 pula biasanya adalah dari jenis spandex.Oleh sebab semua tudung adalah saiz besar..kos juga lebih tinggi dari tudung bersaiz kecil..Amat berharap pembeli memahami..mana tau kan yang membeli pun satu hari nanti ingin menjual..beginilah corat-coret peniaga online..

Saiz muka pula..adalah free size..jadi..kalo terbesar..boleh guna kerongsang..jika terkecil atau ketat..mungkin boleh ditetas sedikit dan dijahit kembali..jangan terus tidak dipakai..ada alternatif lain..(idea ni dapat dari customer saya Ija)..t.kasih...Yang penting kena rajin dan kreatif.

Ok..sampai sini dulu..ada masa..saya mencoret lagi...


  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails