SALAM

buku tetamu

Sunday, April 11, 2010

Nak jaga hati???

Hari ini,kepala terasa berat.Anak-anak pun demam.Pagi-pagi kakak merengek.Kepalanya pening dan tak boleh jalan.Situasi yang sama berlaku Jumaat lalu.Saya pujuk dia,kena kuat semangat.Then,dia pun ok.Mandi dan ganti baju untuk ke tabika.Jumaat dia dah cuti,so tak sedap pula rasanya jika dia terus bercuti.

En3 kali ni pasal hati.Walaupun kita tak nampak hati tu,tapi kita boleh rasa.Macam2 rasa yang terbit dari hati.Sayang,benci,rindu,marah,sedih, kecewa... macam-macam lagi.Hakikatnya sukar menjaga benda yang tidak nampak daripada benda yang nampak.Umpama segala perbuatan kita,depan orang,kita boleh jaga.Allah yang sentiasa ada,tapi tidak nampak,kita tidak menjaga perbuatan kita.

Sekarang ni pun hati saya berbolak-balik.Banyak lagi perkara yang saya tidak faham dengan suami saya.Banyak benda yang saya lakukan mengikut gerak hati saya disebabkan kadang-kala tiadanya komunikasi.Memang dia dilahirkan dalam suasana keluarga yang begitu...sukar untuk mentafsir.Paling malang bila sesuatu berlaku,seolah-olah segalanya berpunca dari saya.Sedangkan,segala keputusan,sepenuhnya dia yang buat.Saya hanya menjadi makmum dan bukan imam.

Dia hanya bersikap tenang,seolah-olah tiada apa yang berlaku.Haru dibuatnya.Saya pula yang gundah-gulana.Hujung minggu lalu,sepatutnya saya pulang ke kampung untuk majlis pertunangan abg ipar.Saya dah maklumkan awal pada my hubby.As usual,dia senyap.Hu3...then,my mum pula minta tolong hantar adik ke exam SPA di Johor.Abah,pun tak tahu jalan ke sana.Lagi-lagi di bandar.Saya mengatakan tidak tahu sama ada dapat tolong atau tidak.Sebab,yang buat keputusan bukan saya.Dengan harapan my mum ade alternatif lain.

Macam biasa bila nak balik kampung my hubby memang tak cakap.Just depends on his signal.Ada juga berbincang petang Jumaat tu.Dia kata just abgnya dan adiknya saja yang akan pergi ke majlis tersebut.Saya tak de pula dengar apa-apa dari ibunya.Mungkin mereka berbual ketika saya di dapur.Dari situ,saya mendapat signal macam dia tak nak balik ke kampungnya.Sebelum ni,memang jika majlis pertunangan dia tidak diberitahu.Bagi saya mungkin dia anggap benda ni tak penting.Then,tak lama lepas tu,dia mintak alamat untuk exam.Itu adalah signal yang kedua.Saya pun tak tahu..memang selalunya saya tak bertanya dia nak balik mana.Sebab memang dia akan senyap.

Then,bila dah pukul 6..memang barang saya dah pack.My hubby masukkan barang2 dlm kereta kancil.Sekali lagi hati bertanya,nk balik kampungnya kot.Sebab bila ada urusan melibatkan ramai orang,barulah dia bawa Avanza.Bila saya termenung kat pintu rumah,dia pun cakap.."kita naik kereta mak je nanti".Signal ketiga yang dia nak ke kampung saya.

Akhirnya.di persimpangan lampu isyarat,kereta meluncur terus tanpa membelok ke kanan.Saya betul2 pasti yang dia hendak ke kampung saya.Sukar bermain dengan hati dan minda ni.Hati saya masih tertanya2 betul ke kami tak perlu balik?Ok ke tidak?Apa yang disangka pun terjadi.Adiknya menelefon tanpa berjawap.Memang my hubby tidak meletakkan kepentingan pada handphonenya.Saya juga selalu terkena begitu.

Saya pula migrain teruk semasa di JB hinggalah ke pagi Ahad.Makan panadol,jelum kepala.Dek kerana tak tahan berpanas dan tak cukup tidur.Memang tak tertengok pun telefon.My hubby tidak pula berusaha menelefon semula.Hanya membalas menggunakan handphone saya.Itu pun saya tahu setelah pulang ke rumah.Tak tahu la apa jadi di kampungnya.Saya sangat arif dengan orang-orang di situ yang bukan bersikap bersangka baik.My hubby selalu cakap buat tak tahu je.Tapi..hati saya yang sakit.

Bagi saya my hubby memikirkan kepentingan yang mana satu diperlukan.Sebab tu dia buat keputusan sebegitu.Memandangkan di pihak saya tak da orang lain yang boleh diharapkan.Adik saya pun bekerja.Bagi dia majlis tu tak begitu penting.Walaupun saya rasakan penting.Cuma,disebabkan berat mulut untuk dia memberitahu maka,keadaan boleh jadi macam-macam.Mungkin fitnah boleh timbul.Saya selalu menjadi mangsa keadaan.Bukan saya tak nak beritahu,sebab sebelum ini my hubby cakap"tak yah ckp pun tak pe".Saya tak suka bertegang leher dengan my hubby.Bagi dia komunikasi tu,macam tak penting.Saya lebih suka dia yang memberitahu untuk mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

Perkara pun dah berlalu,semua ketentuan Allah.My hubby memang cukup tenang."buat apa fikir2".tu la dia cakap bila melihat saya tak keruan.Saya pun tak faham.Sebab,setiap apa yang berlaku pasti saya beritahu mak dan abah saya.Dia tidak pula begitu.Saya lebih banyak tahu mengenainya daripada ibunya.Tidak boleh nak menyalahkannya.Memang keluarganya begitu.Bukan senang nak jaga hati semua orang.Kalau boleh,saya nak buat yang terbaik.Bila tiada sokongan,terasa semuanya hambar.

Komunikasi dua hala sangat penting dalam rumahtangga.Ekspresi wajah,lenggok badan menghasilkan pemahaman yang berbeza bagi setiap orang.Bagi saya,membaca gerak geri,hati,minda suami sudah biasa.Walaupun ada juga saya tersalah tafsir.

Apapun Allah Maha Mengetahui.Semoga segalanya berjalan lancar.Banyak lagi perkara yang perlu dilalui.Jika memikirkan apa yang orang kata kita,sampai bila pun kita tak akan maju.

Till then bye...

Thursday, April 1, 2010

UNTUKMU WANITA

Minggu ini saya agak sibuk dengan membaca.Bila dah bermula,tentunya saya akan membacanya sehingga habis.Anak-anak pun sibuk nak ikut membaca walaupun belum tahu membaca.Cuma kakak sahaja baru boleh menyebut suku kata.Masing-masing membaca dengan gaya tersendiri.Kakak,Abdul Qayyum dan Abdurrahman dengan majalah Asuh nya...

Ahad yang lalu kami ke PWTC.Unexpected program.Sebenarnya adik saya pulang dari mengerjakan umrah ketika itu.Kemudian emak saya kata hendak membeli buku Bahasa Arab Mudah. Dia ingin ke pesta Buku.Tak lama selepas itu,my hubby pun menagajak kami pergi.Macam dekat je kan KL tu.Semua ketentuan Allah.Akhirnya kami pun ke PWTC.Banyak juga buku yang dibeli terutamanya karya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.My hubby beli 4 buah.

UNTUKMU WANITA..buku yang dicari-cari.Berbaloi sebab dapat less lebih 20%.Dah lama kami cari buku ni.Terima kasih walid for the book.

Banyak topik menarik dalam buku ni.Baru saya mengerti kenapa wanita tidak perlu bekerja.Itu adalah hukum asal tetapi diharuskan mengikut syarat-syarat tertentu.Yang pasti bukanlah untuk harta.Saya sukar hendak menjawab bila suami bertanya nak buat apa kerja????Nak buat apa duit????Selalu saya berdebat tentang isu kerjaya bersama suami.

Semua itu disebabkan emosi.Saya rasa terpukul bila isu kerjaya ini dibangkitkan.Macam-macam isu yang timbul.

Buku ni merupakan buku kedua untuk minggu ini.MAKKAH al-MUKARRAMAH Kelebihan dan Sejarah tulisan Abd.Basit Abd.Rahman dah khatam saya baca.Tak sabar nak ke bumi Mekah.Mudah-mudahan ada rezeki saya menjadi tetamu Allah.

Till then,coretan pagi ini.

Wednesday, March 31, 2010

Nasi Arab

En3 kali ni..xde pula gambarnya.Tapi..sebab ade request tanya pasal nasi arab ni,saja je tepek resepi kat sini.Macam biasa,saya tak suka pening2 mengenai bahan2 memasak.So..apa yang ada.

Bahan-bahan

1. Rempah sup (4 sekawan)
2. Rempah kurma
3. Serbuk Jintan manis dan jintan putih
4.Bawang merah dan putih,halia dihiris2
5.Ayam atau daging atau daging burger daging cincang atau sosej (apa2 je yang ada di dapur
kecuali makanan laut)
6.Sedikit garam,planta,bawang goreng,daun sup
7. Sayur-sayuran (lobak,kacang peas atauapa-apa aje yang ade)
7.Beras dan air


Cara memasak

1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan rempah sup
2.Bancuh rempah kurma dan serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air.Kemudian masukkan dalam tumisan.
3. Dah agak garing dan sebati masukkan ayam.
4.Kemudian,boleh masukkan beras dan air(sukatan cam masak nasi biasa)
5.Masukkan sayur(yang keras dulu)
6.Tutup dan tunggu masak.
7.Bila dah masak,boleh letak kacang peas dan sedikit planta.Gaulkan.

Boleh dimakan dengan ayam goreng dan dalca.Kalau nak makan gitu je pun blh sbb dalam tu dah ade daging dan sayur.Saya just goreng ayam dan buat salad kobis campur mayonis.

***Resepi ni memang dah diubah banyak.Sepatutnya guna beras basmathi,minyak sapi dll.Tapi..saya masak ikut apa yang ada.Memandangkan my hubby yang suka makan coz dia terbiasa dgn culture masa di Mekah.Lagipun senang dan jimat.Satu menu je.Tak payah pk lauk2.

Along dan Fiza,selamat mencuba...

Monday, March 29, 2010

Ceritera di TM Net

" Mama, yang papan merah tu mula-mula huruf P kan?", kakak menyoal saya.

" Ye,lepas tu huruf apa?"soal saya pula.

"Huruf E",jawab kakak dan meneruskan huruf seterusnya.

Sebenarnya dia nak membaca huruf PEMBAYARAN yang dia nampak di atas meja di TM Net

Abdul Qayyum sibuk meminta didukung.Abdurrahman pula dengan karenahnya yang memang tak boleh duduk diam.

Jumaat lalu kami ke TM Net Segamat untuk menukar modem yang rosak.Nombor giliran ketika itu 3054,nombor yang kami dapat 3060.Rupa-rupanya gelagat kami sekeluarga mencuri perhatian pengawal keselamatan di situ.

"Puan dah ambil nombor?",pengawal keselamatan menyoal saya.

" Sudah", jawab saya.

" Tak pe,puan guna nombor yang ini(sambil memberi nombor baru).Nombor ni tadi ada orang tak guna." katanya lagi.

Nombor tersebut bukan untuk perkhidmatan,jadi saya tetap menunggu.Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Biasalah dengan anak-anak.Tapi,pengawal keselamatan tersebut beria-ia mahu menolong kami mendapat perkhidmatan yang cepat.

Akhirnya ,setelah berbincang dengan pegawai di kaunter,saya pun dipanggil..dan tukarlah modem.Pegawai tersebut menagatakan modem baru stok pada hari Selasa atau Rabu untuk WiFi modem.Buat masa ini kami guna modem biasa sahaja.Dia meminta datang semula pada hari tersebut.

"Nanti datang sorang je pun tak pe".

"Yang penting penama mesti datang sebab ada borang nak kena sain.Maaf kerana lambat menunggu", begitulah yang pegawai kata.

Sebenarnya kami tak kisah pun menunggu.Kami sudah biasa ke mana-mana dengan anak-anak.Mungkin orang lain terasa janggal.


Apapun terima kasih TM Net,coz take care their customer.


Till then,bye


Tuesday, February 23, 2010

AIR MATA RASULULLAH SAW...



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii,ummatii, ummatiii? '
'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihiBetapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Monday, February 22, 2010

Ujian bertulis,temuduga dan mock teaching biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Peringkat Sarjana/Ph.D Tahun 2010

Salam semua..panjangnya tajuk en3 kali ni.As usual,bila hati tidak tenang,tentunya saya akan mencoret sesuatu di en3 ini.Dari minggu lepas mmg dah berdebar2.Bila dapat surat panggilan dari my Faculty at UiTM.First,I think about my hubby,what is his opinion.Either he agree or not??Tapi dlm hati mmg nak sangat pergi coz this is my opportunity.Although the chances to get it is very hard but,the experience is very valuable for me.

Then,after discussion with my hubby,even he almost quiet but I know he agreed.So,I do some preparation for it.Just for writing exam I have no idea coz form my previous friends, they do not have this.. Basically I'm more focus on interview and mock teaching.

Then....just want to share about the interview day...Of course very nervous.For writing,really hard to start.(maklumlah dah lama tak buat esei).Sekejap faham lain,sekejap faham lain.Soalan berbeza dgn org sebelah.So,confirm x blh tiru.Tapi part saya mmg hard to think on that time.About financial,employability.Berbanding dgn rakan di sebelah.30 minutes,600 words.

Then,interview session.starting with mock teaching.pastu interview.Soalan yg disoal:

1.What's government role in Industrial Relation? (soalan yang relate dgn course yg saya present)
2.Why you want 2b a lecturer?
3.Sbb saya dah kawen n ade 3 kids,so for me the killer question is here.cmne dgn husband and my kids.
4.Uitm is all over Malaysia,jadi bagaimana kalau u kena tempat yang jauh.
5.Why you want 2b at UiTM?
6.Why u choose UIA for your masters.
7.Is it lecturer career burden u as a mom having 3 kids?
8.Do you still remember your lecturer at Malacca,why you like her?

Soalan2 tu xde pun psl current issue.My background pun panel x tanye because die mmg dah ade profile kite in application form kot.

But,this is my first time interview yg blh jwp semua soalan without saying I'm not ready,I don't know as my previous interview.Hu3.Even my english mmg cm javanese.Even the session is quite good,but I fell candidate yg lain mmg power2.coz,they are still younger, their mind still fresh, not like me yg dah lama tak speaking.

The best thing,I get many friends.Maklumlah as a fulltime housewife,mmg jarang jumpa org.So,at this time,sempat gak amik name,email n hp diaorang.

Good luck kepada semua yang pergi interview TPM.I know everybody praying to get this.Semuanya ketentuan Allah.If stated you will be a lecturer,mcm mana pun susah jalan yang kita lalui,kita akan jadi lecturer juga.So,apa pun kita bersyukur..

For the next interview for TPM candidate,be calm.Like one of my friend say "x payah nak susah2 pk".Coz, the question not really specific.If we are in calm,may be we can think professionally.Sometime,the easiest thing might be the killer thing during interview because we are always in blur situation.

Till then,bye

Monday, February 8, 2010

Accident lagi???

Hari ni..hidup mmg tidak keruan..smlm tergerak nak beli alat tulis.Ntahle knp???pun xtau...after that dpt sms Mona cakap KPLI dah keluar.Jadi..sesiapa yang berminat nak jadi guru ni jom lah kita apply dan cuba lagi selagi ade peluang.

Lepas tu,hari ni tak pernah pulak saya masuk pagar rumah kereta tak lepas.Tup...tup tersangkut pagar.Habis sport rim.Mujur ada jiran sebelah.Cepat2 saya minta tolong.Tapi,ke depan pun x boleh,ke belakang pun tak boleh sebab grill dalam center sport rim tu.Dah la pagi2 orang nak pergi kerja.Tak de cara lain kecuali angkat kereta tu ke kiri.Sape nak angkat????

At the end,jiran sebelah ni kerja Telekom.Dia pergi kerja.Then,balik semula bersama rakan2 nya dengan 2 buah van Telekom.Then,mereka angkat la kereta saya tu.Terima kasih pada mereka.Benda nak jadi kita tak tahu.

Lepas ni kena amik side betul2.Then,kena fokus.Maklumlah,saya ni kalau bawa kereta bila anak tu menangis,saya memang kalut.

Till then,bye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails