SALAM

buku tetamu

Sunday, October 25, 2009

Sabar...

Hari ini lebih baik dari semalam.Saya dapat menjenguk blog ni sebab anak-anak tidur serentak tgh hari ni.Selalunya jadual mereka berbeza.Semua tugas dah selesai.Memasak pun dah.Simple je,ikan tenggiri goreng,sambal belacan dan kailan ikan masin.

En3 kali ni tentang sabar.Selalu kita dengar orang cakap sabar ada hadnya.Ye..kadang-kadang saya pun begitu.Dengan anak-anak,suami,keluarga.Tapi..setelah saya baca satu buku ni..'Penenang Jiwa' buku yang telah diterjemah dari tulisan Imam Ghazali mmg sepatutnya kita sabar dari segala segi.Orang yang bersabar ni balasannya syurga.Mak saya cakap bila banyak membaca,banyak yang kita jumpa dan mungkin kita pun takut nak ketawa.Terfikir-fikir juga saya kenapa takut nak ketawa...kita ni,xnmpk macam nabi nampak.Yelah,kita lupa syaitan ni mmg wujud,tp kita xnmpk sebab tu kita berani buat salah,buat dosa.

Tentang sabar ni,ada macam-macam sabar.Sabar juga ada kaitannya dengan nafsu.Memang susah nak lawan nafsu.Opss..jgn ingat nafsu syahwat je..nafsu nak makan pun ye.Ada satu kisah orang tu teringin nak makan madu dan susu dengan roti.Ketika itu dia sakit.Tapi..bila pelayannya dtg bawa makanan tu,dia teringat yang tu semua adalah kehendak nafsunya.Then,dia pun x makan.Coz,die lebih rela bersabar untuk dapat rahmat Allah .Kita ni,macam-macam yang ingin.Ye x?Nak kereta lah,nak rumah,nak itu...nak ini..Sampai ada yang tak bersyukur.

Terkenang pula tentang saya sekeluarga.Kami hidup pun biasa je.Apa yang ada.Saya as a homemaker mmg buat yang terbaik for my family.Ekonomi keluarga saya yang jaga.Saya uruskan dengan yang terbaik semampu saya.Saya x kisah berkereta kecil..itu pun sudah cukup bersyukur.Dan kalau boleh biarlah anak-anak saya kenal susah sebelum senang.Tapi,bila ada org yang yang tidak berpuas hati dengan kita mcm mana ye??Kereta kancil dikata bukan kereta.Pelik tu...kena tukar kereta..Bimbang kewangan kami hanya kerana saya tidak bekerjaya...sedangkan kami selalu mengutamakannya.Memberinya wang setiap bulan walaupun kami boleh dikatakan gawat.Tuntutan Allah yang lebih utama sepatutnya.Tapi..saya tetap memikirkan tuntutan orang yang Allah cipta.Astagfirullah...Ya...saya kena sabar..Pekakkan telinga,kerana saya nakkan rahmat Allah.Dunia ni sementara saja....

Itulah saya kata,manusia ni tak pernah puas.Bila tidak dapat wang,rasa susah.Bila sudah dapat wang,disuruh berkereta besar.Esok lusa,bila dah ada kereta besar disuruh ada rumah besar...Umur semakin tiada,tapi tetap memikirkan dunia...

Apalah saya mengarut ni...mak saya cakap..jangan takut Allah ada.Allah Maha Mengetahui.Semoga saya dapat terus memperbaiki diri saya.Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kami dan bukakan pintu hati kami untuk tidak hanya memandang dunia.Amin...

Wednesday, October 14, 2009

Trip 2 Kelantan n Terengganu

Nampaknya dah mula la saya jarang menjenguk blog ni.Tak sempat lg2 Abdurrahman dah pandai meniarap n berpusing satu living room.So,mmg tak boleh tinggal.Cadang nk buat kek coklat harini.Tak tau sempat ke x ni.I do my best.Pack brg ptg sket la.

Smlm my 'ultrawoman' tepon n agak risau coz bwk baby jln jauh.Die pesan suruh ikat baby.Mmg saya dah berkira2 nk beli ring sling or pouch sling.Coz baby carrier yg saya guna cm x baby friendly.Susah sikit nak dpt di pasaran just online je yg byk.Harga pun blh tahan gak.Anak blh mengamuk kalau x cepat kita nk masukkan dlm carrier.Next time sy citer psl pouch sling,ring sling n mei tai ni.

Tgn pun da lenguh ni.sblh pegang baby lg...Mlm ni kami bergerak ke Kelantan.Actually my hubby nye trip bilik guru.As usual,mmg selalu semuanya g means kami le anak-beranak e mana pun bersama.Hu3.

So,kenalah saya buat sling sendiri guna kain batik.Macam bibik indon la pulak.X pelah..apa yg penting saya mmg suport babywearing ni.Mudah-mudahan semuanya selamat.

Friday, October 9, 2009

Beraya dgn kwn lama

Raya keempat mmg saya dah plan nak beraya ke rumah Zakiah Hani (jack).Ni kami plan ramai-ramai bertiga (saya,Waziha n Jack).Nadia baru deliver masa puasa tu.Then,dia pun dah inform raya keempat mmg ada kat rumah.



Masa ni kat rumah Muna.

Ibu yang dlm pantang br 15 hari tapi dah aktif Dr.Nur Nadia.Dapat anak lelaki
namanya Muhammad Nizar Rayyan.Tak sempat amik gambo coz dia tidur.

Jack tudung merah.Muna kat sebelah tu.Maaflah snap lak gambo time ni.Tuan rumah yang
busy asyik ke dapur..Hu3

Waziha dan anaknya Wan Ariana

Wednesday, October 7, 2009

Pemergian nenek tersayang...

Salam buat semua...

Minta maaf juga kpd sahabat2 yang menunggu saya update blog ni pasal gathering Raya batch PMR 97 dan SPM 99 SMKA MAAHAD MUAR.Bukan saya xnk buat.Firstly, busy even kat rmh coz anak2 dah makin cerdik.A lot to do untuk jwp soalan diaorang samapi kena bukak buku.Hu3..Then, Sabtu lepas atok perempuan saya meninggal.Belah mak saya panggil atok even perempuan.Hari ni baru ada mood saya nk bukak pc ni.Masih terbayang2 lagi muka dia.Dulu kecik2 masa mak saya kerja,dialah yg jaga saya.Rumah kami sebelah je.Mmg kami adik-beradik kiranya yang paling rapat dgn atok.esp adik saya Siti..mmg dielah yang paling rapat.

Syawal kali ni, 4 saudara dah pergi meninggalkan kita.Yang terkilan,saya x sempat tgk muka arwah buat terakhir kali.Allah x izin.Masa pengurusan jenazah saya mmg x cukup tgn.Melayan anak kecik2 3 org.Then,menyediakan keperluan untuk mandikan jenazah,sampai saya mmg x sempat nk ke sebelah.Lgpun saya sentiasa pegang baby dan ramai gak yg halang saya ke sana.Anak pulak menangis je.Kaki pun dah sejuk.Apepun saya tetap baca surah Yasin untuk atok even pegang anak.Saya sedih dgn sikap segelintir orang yang datang melawat.Macam manalah diaorang blh nak borak2 lagi.Coz,masa tu saya mmg xde pk lain,saya nk atok selamat kat sana.Sebab tu saya sentiasa membaca surah Yasin,al-fatihah dll.Lagipun bila saya nmpak bhgn kaki je pun saya mmg dah xtahan sedih ni.

Mak saya mmg seorang yg tegas.Dia minta jasa baik semua ke masjid n solat.Begitu juga yang wanita.Tidak terkecuali.Mak saya minta tolong sgt2 just ikut imam je.Dan akhirnya buat pertama kali lebih kurang 10 org wanita turut menyembahyangkan jenazah atok.B4 ni mmg ustazah dah ckp cume kesedaran penduduk kamgpung n xde yg mulakan.

Adik saya Siti..mmg tabah bg saya.Dia mandikan atok.Lgpun mmg dia biasa bab2 ni coz ada gak dlm bab nursing.Tu pun dia mmg xtahan sedih coz rasa cam atok masih ada.Tu je en3 kali ni.nanti bila mood dah ok saya update lagi.Coz la ni,selalu blk mlm sbb ikut my hubby nye marhaban sekolah.Pagi lak saya nk kena rushing buat semua benda b4 anak2 bgn.Coz..bila anak2 dah bgn dah nk kena fokus kat diaorg pulak.Al-fatihah buat atok.Minta jasa baik semua esp kaum keluarga sedekah al-fatihah buat atok setiap hari dan selalu.

Wednesday, September 30, 2009

Kesuburan Adalah Anugerah

Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

* Mengawal berat badan.
Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.

* Kurangkan pengambilan kafein.
Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah kafein.

* Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus.
Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.

* Bersenam secara tetap dan teratur.
Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.

* Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah.
Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.

* Berhati-hati mengambil ubat.
Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.

* Buat pemeriksaan rahim.
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.

Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:

* Berhenti merokok.
Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.

* Kurangkan minum minuman beralkohol.
Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.

* Ambil vitamin.
Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak. Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.

* Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat.
Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.

* Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.

* Rancang masa untuk bersama isteri.
Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

Punca isteri sukar mengandung

(PETIKAN DARI SATU WEBSITE)

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor danalternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? Mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya

“suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.

“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastiann hipotesis awal saya.Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab

" belum dapat anak lagi”.Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:

- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food,
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jerukmangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
- Makan burger dan naget- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar.Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalandari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembusama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia.Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

http://www.shukur.org/

KaTa HaTi SaYa

Anak adalah anugerah dan juga selalu orang kata rezeki.Kita pun xtahu sama ada berapa orang anak kita akan dapat,bila dapat anak dan sebagainya..semuanya hanya Allah yang tahu.Sebagai hambanya,kita hanya berusaha.

Seperti saya juga yang tidak pernah merancang untuk mendapat anak pada awal perkahwinan.Semua Allah dah tentukan.Bagi saya kualiti penting daripada kuantiti.Apapun jika Allah tentukan saya mempunyai anak yang ramai,itu satu bonus dan saya kena usaha lebih kuat lagi untuk mendidik anak2 saya.Memang penat pun lebih.Biar kita kurang tidur sekarang sebab suatu masa nanti kita akan tidur selamanya.Bukan mudah untuk mendidik anak zaman moden ni.Anak seusia 2 tahun pun macam2 dah tahu dibuatnya.

Bagi yang belum mendapat zuriat,itu juga Allah yang tentukan.Memang ada orang yang di dunia dia tiada zuriat.Tapi,diakhirat nanti Allah lagi Maha Mengetahui.Ni mak saya yang cakap,dalam Al-Quran ada sebut.Allah memberi rezeki pada yang dikehendaki.Cuma,selagi kita masih bernafas,kita kena usaha dan berdoa,kemudian tawakkal.

Menyusukan anak

Sebenarnya hrni saya plan nk update lg gambo2 masa raya.Tapi..bateri lak habis.So,saya pun buat la en3 ni.En3 menyusukan anak ni sesuai untuk semua.Tak kira lelaki atau perempuan coz lelaki pun akan ada anak gak n semestinya support isteri untuk menyusukan bayi.Zaman sekarang ni,orang dah tak macam dulu.Kalau dulu,bila anak diberi susu badan dikata orang susah coz xdpt nk beli susu tin yang mahal.Tapi,disebabkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu,manuasia pun kembali kepada fitrah,dan saya pasti sekiranya seorang ibu dapat menyusukan anknya selama 2 tahun satu kebanggaan untuknya.Tambahan pula sekarang ni wanita banyak betul komitmen dengan bebanan kerjaya dan rumahtangga.

Cerita susu ibu masa raya

Nak juga tu diselitkan pasal raya.Masa raya haritu,ada gak cerita mengenai susu ibu ni.Saya memang breast feed anak saya secara exclusive.Semasa anak kedua pun exclusive gak even saya bekerja.Anak2 saya semua menyusu badan sehingga ada adik barulah berhenti.Sebab takut rahim mengecut pula.My friend Waziha pun memberi susu badan juga.Cuma masa bekerja diberi susu formula.Then,sorang lagi kawan saya yang baru melahirkan anak.Dr.Nadia...guess what,even dia selalu advice orang untuk bagi susu ibu tapi..dia x dpt beri breast feed exclusive kepada bayinya yg berusia 3 minggu.Sebabnya????


Penyebab ibu tidak dapat menysukan bayi sepenuhnya

1.Bayi lelaki memang kerap menyusu dan menyusu dengan tekun (pengalaman saya)

2.Ibu perlu lebih masa dengan bayi (kawan saya xde masalah untuk bgn mlm or sebagainya.Bila waktu bekerja ada iu memilih memberi susu formula kerana memudahkan pengasuh.Susu ibu (dalam botol) perlu direndam dalam air suam sebelum diberi pada bayi.Semasa anak kedua,ibu saya yang menjaga ketika saya bekerja.Jadi,xda masalah untuknya memanaskan susu bayi ni.

3. Puting susu melecet atau luka (hal ini berlaku sebab bayi terlalu lama menyusu dan bayi suka menggigit dengan gusi dan tarik puting susu ibu.Perkara nilah yang terjadi kat kawan saya tu.Selain kawan saya jiran saya pun macam tu juga.Mula2 saya pun camtu gak.saya kuatkan gak semangat.Sakit tu mmg sakit cuma saya tahan je.Lepas tu tanamkan dalam hati yang semua ni akan ok .Coz,masa kita dalam pantang nipple pun kena ambil masa gak nak biasakan dengan bayi yang sememangnya kerap menyusu.So,bila dah biasa nanti oklah.)

4.Puting bernanah (ada juga ibu yang xdpat nak susukan bayinya disebabkan nanah yang block susu keluar.Yang ni kena refer doktor coz takut nanti takut adainfection lain pula kepada bayi)

5.Infection lain pada nipple like mengelupas dan gatal2 (ni pun kena refer doktor.Coz ada org kena infection ni sampai demam.Biasanya ada cream khusus diberikan.B4 delivery saya biasa kena infection ni.Tapi,kena kerap bersihkan dan make sure nipple dalam keadaan tidak terlalu kering.Coz bila kering tu la yang menyebabkan lagi senang gatal)

Kalau nak dicerita memang banyak lagi tentang susu ibu ni.Kebaikannya untuk kesihatan bayi dan ibu,pahala belum lagi tu.Apa yang penting susu ibu ni anugerah Allah.Banyak faedah yang kita dapat.Ibu pun x perlu nk ke salon kuruskan badan coz menyusukan anak pun blh membantu(pengalaman saya).Sebagai ibu kita kena kuat dan ada semangat nk susukan anak.Memang macam2 dugaan.Saya pun pernah demam,x cukup tidur,kena bgn pagi,nak jaga anak2 yang kecil2.Doa saya esok2 anak2 blh jaga saya pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails