SALAM

buku tetamu

Sunday, April 11, 2010

Nak jaga hati???

Hari ini,kepala terasa berat.Anak-anak pun demam.Pagi-pagi kakak merengek.Kepalanya pening dan tak boleh jalan.Situasi yang sama berlaku Jumaat lalu.Saya pujuk dia,kena kuat semangat.Then,dia pun ok.Mandi dan ganti baju untuk ke tabika.Jumaat dia dah cuti,so tak sedap pula rasanya jika dia terus bercuti.

En3 kali ni pasal hati.Walaupun kita tak nampak hati tu,tapi kita boleh rasa.Macam2 rasa yang terbit dari hati.Sayang,benci,rindu,marah,sedih, kecewa... macam-macam lagi.Hakikatnya sukar menjaga benda yang tidak nampak daripada benda yang nampak.Umpama segala perbuatan kita,depan orang,kita boleh jaga.Allah yang sentiasa ada,tapi tidak nampak,kita tidak menjaga perbuatan kita.

Sekarang ni pun hati saya berbolak-balik.Banyak lagi perkara yang saya tidak faham dengan suami saya.Banyak benda yang saya lakukan mengikut gerak hati saya disebabkan kadang-kala tiadanya komunikasi.Memang dia dilahirkan dalam suasana keluarga yang begitu...sukar untuk mentafsir.Paling malang bila sesuatu berlaku,seolah-olah segalanya berpunca dari saya.Sedangkan,segala keputusan,sepenuhnya dia yang buat.Saya hanya menjadi makmum dan bukan imam.

Dia hanya bersikap tenang,seolah-olah tiada apa yang berlaku.Haru dibuatnya.Saya pula yang gundah-gulana.Hujung minggu lalu,sepatutnya saya pulang ke kampung untuk majlis pertunangan abg ipar.Saya dah maklumkan awal pada my hubby.As usual,dia senyap.Hu3...then,my mum pula minta tolong hantar adik ke exam SPA di Johor.Abah,pun tak tahu jalan ke sana.Lagi-lagi di bandar.Saya mengatakan tidak tahu sama ada dapat tolong atau tidak.Sebab,yang buat keputusan bukan saya.Dengan harapan my mum ade alternatif lain.

Macam biasa bila nak balik kampung my hubby memang tak cakap.Just depends on his signal.Ada juga berbincang petang Jumaat tu.Dia kata just abgnya dan adiknya saja yang akan pergi ke majlis tersebut.Saya tak de pula dengar apa-apa dari ibunya.Mungkin mereka berbual ketika saya di dapur.Dari situ,saya mendapat signal macam dia tak nak balik ke kampungnya.Sebelum ni,memang jika majlis pertunangan dia tidak diberitahu.Bagi saya mungkin dia anggap benda ni tak penting.Then,tak lama lepas tu,dia mintak alamat untuk exam.Itu adalah signal yang kedua.Saya pun tak tahu..memang selalunya saya tak bertanya dia nak balik mana.Sebab memang dia akan senyap.

Then,bila dah pukul 6..memang barang saya dah pack.My hubby masukkan barang2 dlm kereta kancil.Sekali lagi hati bertanya,nk balik kampungnya kot.Sebab bila ada urusan melibatkan ramai orang,barulah dia bawa Avanza.Bila saya termenung kat pintu rumah,dia pun cakap.."kita naik kereta mak je nanti".Signal ketiga yang dia nak ke kampung saya.

Akhirnya.di persimpangan lampu isyarat,kereta meluncur terus tanpa membelok ke kanan.Saya betul2 pasti yang dia hendak ke kampung saya.Sukar bermain dengan hati dan minda ni.Hati saya masih tertanya2 betul ke kami tak perlu balik?Ok ke tidak?Apa yang disangka pun terjadi.Adiknya menelefon tanpa berjawap.Memang my hubby tidak meletakkan kepentingan pada handphonenya.Saya juga selalu terkena begitu.

Saya pula migrain teruk semasa di JB hinggalah ke pagi Ahad.Makan panadol,jelum kepala.Dek kerana tak tahan berpanas dan tak cukup tidur.Memang tak tertengok pun telefon.My hubby tidak pula berusaha menelefon semula.Hanya membalas menggunakan handphone saya.Itu pun saya tahu setelah pulang ke rumah.Tak tahu la apa jadi di kampungnya.Saya sangat arif dengan orang-orang di situ yang bukan bersikap bersangka baik.My hubby selalu cakap buat tak tahu je.Tapi..hati saya yang sakit.

Bagi saya my hubby memikirkan kepentingan yang mana satu diperlukan.Sebab tu dia buat keputusan sebegitu.Memandangkan di pihak saya tak da orang lain yang boleh diharapkan.Adik saya pun bekerja.Bagi dia majlis tu tak begitu penting.Walaupun saya rasakan penting.Cuma,disebabkan berat mulut untuk dia memberitahu maka,keadaan boleh jadi macam-macam.Mungkin fitnah boleh timbul.Saya selalu menjadi mangsa keadaan.Bukan saya tak nak beritahu,sebab sebelum ini my hubby cakap"tak yah ckp pun tak pe".Saya tak suka bertegang leher dengan my hubby.Bagi dia komunikasi tu,macam tak penting.Saya lebih suka dia yang memberitahu untuk mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

Perkara pun dah berlalu,semua ketentuan Allah.My hubby memang cukup tenang."buat apa fikir2".tu la dia cakap bila melihat saya tak keruan.Saya pun tak faham.Sebab,setiap apa yang berlaku pasti saya beritahu mak dan abah saya.Dia tidak pula begitu.Saya lebih banyak tahu mengenainya daripada ibunya.Tidak boleh nak menyalahkannya.Memang keluarganya begitu.Bukan senang nak jaga hati semua orang.Kalau boleh,saya nak buat yang terbaik.Bila tiada sokongan,terasa semuanya hambar.

Komunikasi dua hala sangat penting dalam rumahtangga.Ekspresi wajah,lenggok badan menghasilkan pemahaman yang berbeza bagi setiap orang.Bagi saya,membaca gerak geri,hati,minda suami sudah biasa.Walaupun ada juga saya tersalah tafsir.

Apapun Allah Maha Mengetahui.Semoga segalanya berjalan lancar.Banyak lagi perkara yang perlu dilalui.Jika memikirkan apa yang orang kata kita,sampai bila pun kita tak akan maju.

Till then bye...

Thursday, April 1, 2010

UNTUKMU WANITA

Minggu ini saya agak sibuk dengan membaca.Bila dah bermula,tentunya saya akan membacanya sehingga habis.Anak-anak pun sibuk nak ikut membaca walaupun belum tahu membaca.Cuma kakak sahaja baru boleh menyebut suku kata.Masing-masing membaca dengan gaya tersendiri.Kakak,Abdul Qayyum dan Abdurrahman dengan majalah Asuh nya...

Ahad yang lalu kami ke PWTC.Unexpected program.Sebenarnya adik saya pulang dari mengerjakan umrah ketika itu.Kemudian emak saya kata hendak membeli buku Bahasa Arab Mudah. Dia ingin ke pesta Buku.Tak lama selepas itu,my hubby pun menagajak kami pergi.Macam dekat je kan KL tu.Semua ketentuan Allah.Akhirnya kami pun ke PWTC.Banyak juga buku yang dibeli terutamanya karya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.My hubby beli 4 buah.

UNTUKMU WANITA..buku yang dicari-cari.Berbaloi sebab dapat less lebih 20%.Dah lama kami cari buku ni.Terima kasih walid for the book.

Banyak topik menarik dalam buku ni.Baru saya mengerti kenapa wanita tidak perlu bekerja.Itu adalah hukum asal tetapi diharuskan mengikut syarat-syarat tertentu.Yang pasti bukanlah untuk harta.Saya sukar hendak menjawab bila suami bertanya nak buat apa kerja????Nak buat apa duit????Selalu saya berdebat tentang isu kerjaya bersama suami.

Semua itu disebabkan emosi.Saya rasa terpukul bila isu kerjaya ini dibangkitkan.Macam-macam isu yang timbul.

Buku ni merupakan buku kedua untuk minggu ini.MAKKAH al-MUKARRAMAH Kelebihan dan Sejarah tulisan Abd.Basit Abd.Rahman dah khatam saya baca.Tak sabar nak ke bumi Mekah.Mudah-mudahan ada rezeki saya menjadi tetamu Allah.

Till then,coretan pagi ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails