SALAM

buku tetamu

Thursday, January 28, 2010

Antara pisang goreng dan roti canai

Setiap hari memang rutin saya membuat sarapan.Cuma untuk hari Isnin dan Khamis biasanya simple sahaja sebab hanya anak-anak yang bersarapan.Hari ini,saya memang rancang nak masak roti canai dengan kari.Tapi,last minit semasa saya memotong bawang,suami suruh buat pisang goreng untuk dibawa ke sekolah.

Semuanya boleh berubah sekelip mata.Macam tu jugalah dengan apa yang kita rancang walaupun perancangan tu betul-betul strategik,Allah lagi Maha Mengetahui.Maka,hari ini kami bersarapan pisang goreng dengan sambal kicap dan air nescafe.Sebekas suami bawa ke sekolah untuk sarapan guru-guru.

Hari ini juga saya merancang nak pulang ke kampung sebab ada projek yang perlu dibuat.Seperti biasa bisnes kerepek.Esok pagi2 saya perlu ke kilang untuk membeli kerepek.Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan.Sebab ini pun rezeki juga.

Rezeki ni sebenarnya banyak yang Allah beri.Cuma kita sebagai insan biasa sering menganggap rezeki dalam bentuk wang dan harta.Sebenarnya,balik kampung pun rezeki juga.Jika tidak masakan kita dapat pulang ke kampungberjumpa keluarga jika Allah tidak izin.Semuanya yang kita ada itupun rezeki.Dengan berfikiran terbuka hati menjadi tenang...

Kesimpulannya,bersyukur dengan apa yang ada.Antara pisang goreng dan roti canai,walaupun roti canai lagi sedap,sekurang-kurangnya pisang kat rumah ni tidak membazir dan dapat jamu orang makan sebab dah masak.Setiap yang berlaku ada hikmahnya....

Cikgu Fadhli dan Cikgu Su








Antara lauk yang dimasak


En3 ni sepatutnya dah lama saya buat.Hari2 terakhir dengan jiran sebelah rumah n Cikgu Su.Actually mereka ni colleague my hubby.Mereka dapat pindah sekolah.As Cikgu Su wish nak jumpa nak datang rumah sebelum dia berpindah,so kami jamu lah makan mereka berdua ni.

Cikgu Fadhli dapat tukar ke Kuantan.Dekat dengan wife dia.Setahun juga dia berulang-alik every week.Cikgu Su pula di Simpang Lima,Bukit Gambir.

Lauk2 ni mula2 saya ingat nak buat 2 jenis je.Tapi,lelama tu jadi banyak pulak.Terkejut juga saya bila dah dihidang.

1.Ikan Talapia sweet n sour
2.Ikan talapia goreng
3.Kerabu Taugeh (paling cepat habis)
4.Tempe dan Jagung muda masak lemak
5.Sambal udang
6.Kari ayam

Kali ni saya just nak bagi resepi kerabu taugeh je.

Bahan-bahan

Taugeh
Cili padi
Cili merah dan hijau dihiris
Udang kering digoreng tanpa minyak
Limau nipis
Kerisik(beli yang dah siap)
Bawang kecil
Bawang merah besar dihiris-hiris
Daun ketumbar dihiris
Garam dan gula

Cara membuatnya

1.Celurkan taugeh(tak perlu lama-lama nanti tak rangup)
2.Cili padi,udang kering,bawang merah kecil ditumbuk
3.Gaulkan taugeh dengan bahan yang sudah ditumbuk
4.Masukkan bawang besar yang dihiris,lada merah dan hijau yang dihiris,kerisik,daun
ketumbar,sedikit garam dan gula serta perahan air limau nipis.
5.Gaulkan hingga rata dan siap untuk dimakan
** kerabu ni sedap dimakan segera.Kalau disimpan lama-lama tak sedap sebab ia akan mengeluarkan air

Apa yang best dengan sampan???







'Gambar-gambar sampan dan kapal di Tanjung Pelepas by saif'

Sedikit info mengenai sampan.

From Wikipedia, the free encyclopedia

For the commune in France, see Sampans, Jura.

Sampan on the Yangtze River (Chang Jiang), ChinaA sampan (Chinese: 舢舨; pinyin: shānbǎn) is a relatively flat bottomed Chinese wooden boat from 3.5 to 4.5 m (approximately twelve to fifteen feet) long. Some sampans include a small shelter on board, and may be used as a permanent habitation on inland waters. Sampans are generally used for fishing or transportation, in coastal areas or rivers. It is unusual for a sampan to sail far from land as they do not have the means to survive rough weather.

The word "sampan" comes from the original Cantonese term for the boats, 三板 (sam pan), literally meaning "three planks"[1] , although this term is deprecated in modern Chinese. The name referred to the hull design, which consists of a flat bottom (made from one plank) joined to two sides (the other two planks). The design closely resembles Western hard chine boats like the scow or punt.

Sampans may be propelled by poles, oars (particularly a single, long oar called a yuloh) or may be fitted with outboard motors.

Sampans are still in use by rural residents of Southeast Asia, particularly Malaysia, Indonesia,Bangladesh, and Vietnam.
***************************************************************

Anak-anak saya cukup suka bila melihat sampan,kapal,feri dan sebagainya.Begitu juga dgn kapal terbang dan helikopter dan juga..BAS n BAJAK (paling Abdul Qayyum suka).Bila dalam kereta kami akan berebut-rebut cakap kenderaan tu kami punya.Mungkin sebab my hubby selalu bawak tengok kenderaan -kenderaan di samping memperkenalkan kepada anak-anak jenis kenderaan.Dengan cara ini,mereka akan cepat dan mudah ingat.Cara ini juga kami guna untuk tumbuhan,pokok-pokok,haiwan dan sebagainya.

Berbanding dengan saya yang suka pergi shopping complex.My hubby lak g shopping complex bila perlu.Tapi,bila dah pergi tu,cukuplama.My hubby suka dengan pemandangan especially pantai,tempat2 yang banyak kapal,sampan,swimming pool.Sungguh berbeza.Apapun bila dah lama2 tu saya boleh adapt semua ni.Lagipun banyak boleh belajar dan mengajar aak-anak dari pergi ke shopping complex yang akan membuang duit tanpa disedari.

Thursday, January 7, 2010

Reunion Raya 2009,Tanjung Agas

Bila anak mula ke sekolah..


En3 ni saja saya nk buat coz nk hilangkan kerisauan as a mum.Izzatul Qayyimah,my eldest daughter dah 5 hari ke taska.Setiap hari ada saja cerita baru dari dia.Masa hari pertama saya ke taska untuk mendaftar,seram gak tgk taska tu.Rumput panjang,xde materials untuk belajar.Cuma byk rak2 kosong.Tapi..hati saya pk positif coz mungkin ada bilik lain untuk menyimpan brg.


Disebabkan b4 this Izzah stay di IIUM Educare,mmg la jauh panggang dr api kalau nk disamakan dgn taska yg kat Felcra ni.Masa saya dtg tu anak2 berlari2 n belum mandi.Masa tu hampir pukul 9.Sedangkan jadual anak2 saya di rumah pukul 8 dah siap mandi n sarapan.Lagilah bertambah risau saya ni.


Izzah 3 tahun 7 bln.Mmg x lepas lg die nk ke tadika coz x cukup 4 tahun.Tp kalau ikut tahun die dah 4 tahun.Xtaulah,kalau nk ikutkan die dah kenal huruf n dah byk die tahu.Kalau die just ke taska n main je tu yg risau hati saya.


Xtually kalau bab2 sosial n pergaulan Izzah ok.MMg die pandai menyesuaikan diri.Letak kat mana pun dia pandai berkawan.Even dgn org yg lebih tua dari dia.Hari kedua die ke taska katanya 'nenek' ajar twinkle2.Lagu tu pun dia dah tau beserta dgn gayanya coz saya dah ajar dulu.The next day,die tunjuk tgn labah2.Die panggil nenek mungkin nmpk cm dah tua la kot.Sorang lg dia panggil cikgu.


Semalam pulak dia blk dgn muka sedih.Dia ckp kawan amik color die.Cikgu yg bagi.Pastu kawan tu balik.Mmg Izzah yg paling awal sampai n dia org terakhir blk.Coz ikut masa my hubbyPAstu saya cek color izzah mmg tinggal sikit pun.Saya mmg ajar anak saya jgn ambil brg org.Hubby pun selalu ckp Allah x suka..Tu yang die sedih ckp bila org ambil brg dia then cikgu pulak suruh bg.Bagi anak saya cikgu menyokong benda yg salah.So,mestilah anak saya takut bila cikgu tu dah bg permission.Kalau pinjam blh gak consider.As a teacher or pengasuh..kena pandai cmne nk tackle budak2.Kena train diaorg.And whatever it is kena adil.Kesian kakak malam tadi.Dia asyik sebut2 je pasal tu.Sampai tido pun cm nangis2 je.


Kalau di kampung,bila anak saya nk apa yg sepupu dia ada pun saya x bagi.Sebab tu org lain punya.Saya xnk dia ambil brg org lain sesuka hati.Kalau nk mintak elok2.Kalau org bagi baru ambil.


As a mum,saya tulis nama kat semua color,pencil case n whatever yg dia ada.Dan saya pesan kat dia yg ada nama ni kakak punya.Kalau kawan ambil,minta elok2 dgn kawan.Saya suruh dia kira semua cukup x.Bukan nk demand just nk anak saya jaga barang elok2.Lagu satu ajar berjimat.Kalau semua cikgu suruh bg kat org,berapa kali saya nk beli color?Betul x?


Izzah asyik ckp nk sekolah dgn mama.Dia ckp xde baca buku.Main je.Lagi pening pulak saya.Taska mmg untuk kanak-kanak bwh 4 tahun n baby.Tu yg cmtu.Tapi..anak saya ni mmg real nk g sekolah betul.Dr last year dia nk sgt g sekolah.Bila dok kawasan yg cmni..mmg payah nk cr tempat camtu.Tadika pulak habis kul 11.30.


Apapun,harapnya anak saya makin bijak untuk menghadapi semua ni.I love you so much.Mama tau kakak boleh...chaiyok2

Monday, January 4, 2010

Cuti sekolah versi 2

Salam kepada semua..lama sungguh x update blog ni.Seperti apa yg dijangka..mmg bz bee masa cuti sekolah.Bukan sebab ke sekolah..tp mcm2 ado.ALhamdulillah...semuanya dah selesai.Apepun Allah lagi Maha Mengetahui n saya masih lg kat rumah ni.Dengan azam baru,tahun baru...dan ape lg yg baru agaknya ek...saya nk buat yg lebih baik dr last year n hopefully berakhirlah saya dok kat rumah ni.Hu3..(jgn marah to my hubby).

Last year semuanya beransur pulih.Esp dgn my MIL.Hu3..n saya dah buka seluas2nya pemikiran saya..n saya x peduli ape org kata n saya buat x tahu n yg penting bersabar..at the end..saya rasa..semua ok. x seperti mula2 saya pindah ke sini.Kalau dulu..bila time nk blk rumah MIL..mls nya nk blk..coz lg2 psl keja,n psl anak tu je..but now..semua tu dah x timbul.Kalau ade yg menanya my hubby tukang jwp. n saya makin selesa buat semua kerja kat rumah.Semua ni sbb $$$.This year ekonomi ok sket.Coz my hubby pun dah abis course.Tu sebab keadaan my MIL xdelah setegang dulu kot.Coz pemikiran sempitnya asyik dok tgk cm kami ni susah.Hu3.Apapun memang itu sikap my MIL n diakui anaknya2.So..bila org dah tua,pikiran pun serabut,byk yg lupa,byk yg makin dirisaukan.

Kakak ipar saya pun dah amik anak angkat.So,saya makin selesa nk berbual dgn dia.Kalau tidak b4 this asyik suruh saya bg anak saya.Alhamdulillah.Sekarang saya makin bijak menyesuaikan diri with my hubby family.

Next,alhamdulillah dpt beli MPV this year(toyota avanza).Sayang gak duit saya..xpelah..buat aset even bukan nama saya.

Last year gak family saya bertambah dgn kelahiran Abdurrahman.

Cam tu gak dgn blog ni yg saya buat last year.

Seterusnya,cuti sekolah jln2 ke PD.Last minit plan with my hubby yg ntah ape2.Dok kat Cozzi Hotel.Gi dgn my abah n kak ti. Then ke Melaka,mmg dah berubah betul.X sempat nk naik Menara Taming Sari..Eyes on Malaysia n whatever..coz dah Maghrib.Lain kali la nmpknya.Gambo2 pdate nanti la..coz byk kat kamera Kak ti.

Saya gak isi byk borang..hu3 berangan je.1. SPA 2. GSTT/e-KGSK 3. Young UiTM Lecturer Scheme 4. Master in Political Science IIUM.Harapnya adalah rezeki saya.Amin....

Then,adik my hubby Adun dah selamat diijabkabulkan dgn Lizawati..Nama pun sama dgn nama saya Liza.Nizam my brother pun br je buat majlis kat rumah perempuan last week.

Biz kerepek saya x sempat nk ke kilang even ada permintaan kepek ubi pedas n pisang tanduk.Asking from kwn2 my sis.Mmg x sempat sgt2.Coz byk tul kenduri termasuk kenduri yasin minggu rmh mak saya n my MIL.

Kesimpulannya mmg last year lebih baik dr 2008.N mengikut firasat saya 2010 adalah tahun kegemilangan saya..tp..saya pun x tahu ape die..coz since saya sekolah rendah mmg lebih kurang 5 tahun sekali saya akan jatuh n bangun semula setelah jatuh 5 tahun.Faham x???x phm x pelah.

Nk tau gak...cm ni mase sekolah rendah 1989-1994 saya cemerlang di sekolah.UPSR pun dpt 4A.Pastu...cm biasalah,jd pengawas,masuk mcm2 pertandingan.Then,bila kat sekolah menengah 1995-1999 mmg saya agak jatuh.Result pun x ok sgt.Pastu..2000-2005 blh dikatakan gemilang lah gak kat UiTM.Dapat best student lg tu.Pastu 2006-2009 ms say br nak suaikan diri dgn perkahwinan,kerjaya,anak...n hopefully this year ade something yg best dlm hidup saya....

Oklah..gtg..byk keja dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails